Berita Harian

PBB kutuk keganasan perusuh

Penunjuk perasan enggan patuhi larangan, terus buat kecoh

-

Hong Kong: Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, semalam berkata beliau membuat satu keputusan wajar untuk mengisytih­ar darurat susulan ‘keganasan ekstrem’ di wilayah berkenaan.

Pada hari yang sama, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa satu siasatan bebas dilancarka­n dan ketika sama mengutuk tindakan ganas kumpulan pembantah.

Pesuruhjay­a Tinggi pertubuhan bagi hak asasi manusia, Michelle Bachelet akur dengan kadar kecederaan yang meningkat dan meminta mereka terbabit membuat bantahan secara aman dan elak keganasan keterlalua­n.

Beliau juga menyokong tindakan kerajaan melarang penggunaan topeng muka.

Namun, kumpulan penunjuk perasaan tetap berdegil memakainya ketika bantahan diteruskan, semalam.

“Keganasan ekstrem ini jelas menceritak­an bahawa keselamata­n awam di Hong Kong makin terancam,” kata Lam.

“Ini adalah sebab konkrit kenapa kami terpaksa mengisytih­arkan darurat, kelmarin untuk melarang penggunaan topeng.”

Penunjuk perasaan pro-demokrasi Hong Kong terus berarak menentang larangan memakai topeng muka sehingga bandar itu tergendala, semalam, dengan rangkaian kereta api bawah tanah digantung dan banyak kedai ditutup, susulan satu lagi siri keganasan.

Ratusan penunjuk perasaan menganjurk­an perarakan haram dan tunjuk perasaan di banyak lokasi, sehari selepas pemimpin bandar itu mengharamk­an topeng muka dalam tunjuk perasaan menggunaka­n undang-undang darurat era penjajahan yang tidak digunakan sejak separuh kurun.

Tindakan penentanga­n terbaru itu berlaku, selepas kekacauan semalaman, apabila penunjuk perasaan bertindak ganas merosakkan stesen kereta api bawah tanah, merosakkan kedai, menghidupk­an api dan menyekat jalan.

Ketika, ramai berarak, pemimpin bandar itu, Lam menerbitka­n satu kenyataan video mengutuk penunjuk perasaan sebagai bertanggun­gjawab terhadap situasi malam yang gelap.

“Kita sudah tidak boleh membiarkan perusuh memusnahka­n Hong Kong yang disayangi,” kata Lam sambil menggesa penduduk menjauhkan diri daripada penunjuk perasaan ganas. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Anggota polis bergelut dengan pasangan yang berdegil memakai topeng di Hong Kong, semalam.
(Foto AFP) Anggota polis bergelut dengan pasangan yang berdegil memakai topeng di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia