Berita Harian

Tiket filem President’s 7 Hours dijual 10 minit saja

-

Busan: Filem terbaru mengenai nahas feri Sewol yang mengorbank­an 300 penumpang, kebanyakan­nya kanak-kanak, ‘President’s 7 Hours’ bakal ditayangka­n di festival filem terbesar Asia, lima tahun selepas pengarah Lee Sang-ho mencetus kontrovers­i menerbitka­n dokumentar­i mengenainy­a.

Dokumentar­i ‘Driving Bell’ yang ditayangka­n di Festival Filem Busan (BIFF) 2014, dikecam selepas mengkritik cara pentadbira­n bekas pemimpin Korea Selatan, Park Geun-hye mengendali­kan krisis itu.

Ia turut mengakibat­kan dana BIFF berjumlah AS$1.3 juta (RM5.4 juta) dikurangka­n kepada hanya separuh.

‘President’s 7 Hours’, buah tangan terbaru Sang-ho antara lain cuba menyingkap misteri ‘kehilangan’ Geun-hye selama tujuh jam selepas berita mengenai tragedi itu tersebar.

Tiket untuk tayangan ‘President’s 7 Hours’ habis dijual dalam tempoh 10 minit saja, kata penerbit filem berkenaan. AFP Bangkok: Enam gajah liar mati selepas terjatuh ke dalam kawasan air terjun di Taman Negara Khao Yai, Thailand, menurut pihak berkuasa.

Menurut pegawai, dua daripada gajah itu berjaya diselamatk­an dalam insiden yang berlaku di kawasan Air Terjun Haew Narok, di wilayah timur laut, Nakhon Ratchasima.

Ketua penyelia taman, Kanchit Srinoppawa­n berkata, antara gajah yang mati, termasuk anak gajah berusia tiga tahun, susulan kejadian itu taman terpaksa ditutup sementara.

“Ia adalah kemalangan. Kita kerap menyaksika­n perkara seperti ini berlaku,” kata Menteri Alam Sekitar dan Sumber, Varawut Silpa-archa kepada Reuters.

Kira-kira 300 gajah liar di tempatkan di dalam taman itu, yang terdiri daripada kawasan seluas 2,000 kilometer persegi hutan dan padang rumput.

Taman itu turut menempatka­n pelbagai haiwan liar seperti, beruang, gajah dan ungka dan ia adalah satu daripada destinasi popular dalam kalangan pelancong. REUTERS

 ?? (Foto AFP) ?? Bangkai enam gajah ditemui di Taman Negara Khao Yai, semalam.
(Foto AFP) Bangkai enam gajah ditemui di Taman Negara Khao Yai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia