Berita Harian

Guna pinggan daun ganti plastik

-

Wanita India dari suku Gorkha memegang pinggan daun pelbagai saiz untuk kegunaan yang berbeza di kampung Hastinapur di daerah Baska, Assam, India, semalam. Pinggan ini akan digunakan untuk majlis perkahwina­n dan program keagamaan lain selepas kerajaan India melarang penggunaan plastik. Washington: Doktor mengesahka­n Senator Bernie Sanders mengalami serangan jantung, tiga hari lalu ketika mengumumka­n calon parti Demokrat itu sudah dibenar pulang dari hospital di Las Vegas.

Menurut satu kenyataan, lelaki berusia 78 tahun itu berkata beliau merasa ‘hebat’ sebaik keluar dari hospital.

“Diagnos Sanders menunjukka­n beliau mengalami myocardial infarction atau serangan jantung,” kata doktor dalam satu kenyataan.

“Dua stent berjaya diletakkan di arteri koronari yang tersumbat manakala arteri yang lain adalah normal. Prosedur itu berjalan lancar dan perkembang­an beliau setakat ini cukup baik.”

Sanders terpaksa menghentik­an kempen ke Rumah Putih di Las Vegas baru-baru ini selepas mengadu merasa tidak selesa di bahagian dada.

“Selepas dua hari setengah di hospital, saya berasa baik dan akan berehat seketika sebelum menyambung semula tugasan saya,” kata Sanders.

Beliau adalah calon paling tua untuk menentang Presiden Donald Trump, 73, dan calon Demokrat ketiga di belakang Joe Biden, 76, dan Elizabeth Warren, 70.

Sementara itu, Jawatankua­sa Kongres yang menjalanka­n siasatan undang-undang ke atas Trump mengarahka­n Rumah Putih menyerahka­n dokumen bagi menyokong siasatan itu, kata panel.

Ketua jawatankua­sa diketuai parti Demokrat dalam satu kenyataan berkata, mereka menghantar surat kepada pemangku Ketua Kakitangan Rumah Putih, Mick Mulvaney menuntut dokumen berkaitan dakwaan yang Trump menekan Ukraine untuk mendapatka­n bantuan politik.

“Kami sangat kesal kerana Presiden Trump meletakkan kami dan negara dalam kedudukan ini, tetapi tindakanny­a memaksa kami untuk mengeluark­an sepina ini.”

Rumah Putih diberikan tarikh akhir sehingga 18 Oktober ini untuk menyerahka­n fail yang diminta. AFP

 ??  ??
 ??  ?? Bernie Sanders mengadu sakit dada ketika berkempen di Los Vegas, baru-baru ini.
Bernie Sanders mengadu sakit dada ketika berkempen di Los Vegas, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia