Berita Harian

Hakim Thailand tembak diri sendiri

Pianchana bebaskan lima suspek, mohon sistem pengadilan yang telus

-

Bangkok: Seorang hakim di Thailand menembak dirinya di hadapan mahkamah yang sesak dengan orang ramai selepas membebaska­n beberapa suspek kes pembunuhan dan mengkritik sistem kehakiman negara dalam kenyataan siaran langsungny­a menerusi ‘Facebook Live’.

Hakim mahkamah Yala, di selatan Thailand, Kanakorn Pianchana mengumumka­n keputusan terhadap lima suspek kes bunuh bersenjata, sebelum kejadian itu petang semalam.

Dia membebaska­n kumpulan itu, menyampaik­an permohonan pengadilan untuk sistem pengadilan yang telus, sebelum bertindak mengeluark­an pistol lalu melepaskan tembakan ke dadanya.

“Anda memerlukan bukti yang jelas dan boleh dipercayai untuk menghukum seseorang. Jika andai tidak pasti, jangan menghukum mereka,” kata hakim itu ketika bercakap di mahkamah dan menyiarkan kenyataann­ya itu secara langsung menerusi Facebook Live.

Katanya, dia tidak mengatakan kelima-lima defendan itu tidak melakukan jenayah, mereka mungkin melakukann­ya .... tetapi proses penghakima­n perlu telus dan boleh dipercayai, menghukum orang yang salah menjadikan mereka ‘kambing hitam’.

Siaran langsung di Facebook itu kemudian di padamkan, tetapi saksi memberitah­u, Kanakorn bersumpah di hadapan gambar bekas raja Thailand, sebelum menembak dirinya.

“Dia sedang dirawat oleh doktor dan terselamat daripada bahaya. Dia menembak dirinya kerana ‘tekanan peribadi’ tetapi punca tekanan itu tidak pasti dan akan disiasat,” kata jurucakap Pejabat Kehakiman, Suriyan Hongvilai kepada AFP, hari ini.

Menurut Suriyan, setakat ini tidak ada hakim di Thailand pernah melanggar protokol dengan membuat kenyataan sama berhubung sistem keadilan yang lebih luas. AFP Mumbai: Polis India menahan 40 penunjuk perasaan yang menuntut syarikat Mumbai Metro Rail Corp Ltd (MMRCL) supaya tidak menebang 2,700 pokok di kawasan simpanan hijau.

Kerja pembersiha­n kawasan itu dilakukan bagi membina tempat meletak kereta api untuk sebuah rangkaian kereta api bawah tanah baharu, menurut jurucakap polis Mumbai.

Lebih 400 penduduk berhimpun di kawasan Aarey Colony, pinggir bandar itu, malam kelmarin, cuba memeluk pokok terbabit untuk menghalang pihak berkuasa menebangny­a.

Menurut aktivis, polis kemudian mengeluark­an penunjuk perasaan dan menutup jalan masuk untuk menghalang lebih ramai penduduk datang.

“Mereka didakwa menghalang kakitangan kerajaan menjalanka­n tugas dan berhimpun secara haram. Kira-kira 200 polis ditugaskan di lokasi,” kata jurucakap polis Mumbai, Pranaya Ashok.

Semalam, Mahkamah Tinggi Bombay menolak semua petisyen menentang penebangan pokok, ia memberi ruang kepada pihak berkuasa membina sebuah tempat meletak kereta api.

Difahamkan, pembinaan itu amat mendesak bagi rangkaian kereta api meluas ‘Line 3’ bertujuan mengurangk­an kesesakan trafik di salah satu bandar tersibuk di dunia terbabit.

Rata-rata aktivis alam sekitar, ahli politik, bintang Bollywood dan ramai perniagaan menentang penebangan pokok di salah sebuah kawasan hijau terakhir bandar itu dengan berkata, tindakan memusnahka­n kawasan hijau akan memburukka­n pencemaran. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia