Berita Harian

Zaniolo kembali perkuat Itali

-

Paris: Bintang Roma, Nicolo Zaniolo kembali mendapat kepercayaa­n Roberto Mancini untuk disenaraik­an bagi kempen kelayakan Euro 2020 Itali berdepan Greece dan Liechtenst­ein.

Sensasi muda berusia 20 tahun dan kian meningkat itu digugurkan oleh Mancini susulan masalah disiplin ketika skuad Azzurri mencatat kemenangan Kumpulan J ke atas Armenia dan Finland.

Itali kini hanya memerlukan kemenangan ke atas Greece bagi aksi di Rome hujung minggu depan untuk mengesahka­n slot ke Euro 2020.

Dengan dua pasukan layak daripada setiap kumpulan, mereka kini selesa di tangga teratas dengan kelebihan enam mata ke atas pasukan tangga kedua, Finland dan sembilan mata di atas Armenia. Selepas Greece, tiga hari kemudianny­a mereka akan bertandang ke Liechtenst­ein bagi melengkapk­an jadual kumpulan.

Berikut adalah senarai pemain Itali iaitu penjaga gol, Gianluigi Donnarumma (AC Milan), Pierluigi Gollini (Atalanta), Alex Meret (Napoli) dan Salvatore Sirigu (Torino), manakala pertahanan adalah Francesco Acerbi (Lazio), Cristiano Biraghi (Inter), Leonardo Bonucci (Juventus), Danilo D’ambrosio (Inter Milan), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Alessandro Florenzi (Roma), Armando Izzo (Torino), Gianluca Mancini (Roma), Alessio Romagnoli (AC Milan) dan Leonardo Spinazzola (Roma).

Pemain tengah pula adalah Nicolo Barella (Inter Milan), Federico Bernardesc­hi (Juventus), Bryan Cristante (Roma), Jorginho (Chelsea), Stefano Sensi (Inter Milan), Marco Verratti (Paris Saint-germain), Nicolo Zaniolo (Roma), manakala barisan penyerang membabitka­n Andrea Belotti (Torino), Federico Chiesa (Fiorentina), Stephan El Shaarawy (Shanghai Shenhua), Vincenzo Grifo (Freiburg), Ciro Immobile (Lazio) dan Lorenzo Insigne (Napoli). AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia