Berita Harian

Mahrez kembali ceriakan Guardiola

Bekas bintang Leicester temui semula sentuhan berbisa musim ini

-

Manchester: Selepas penampilan musim pertama yang mengecewak­an di Manchester City, Riyad Mahrez akhirnya kembali menemui sentuhan terbaik untuk membantu juara bertahan itu meneruskan perseterua­n hebat dengan pencabar utama, Liverpool.

Malah, dia dijangka terus memainkan peranan penting apabila City menerima kunjungan Wolves bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), jam 9 malam ini waktu Malaysia .

Prestasi hambar awalnya di Stadium Etihad, seakan menyebabka­n perpindaha­n rekod pembelian kelab 60 juta pound (RM309.8 juta) dari Leicester City itu hampir bertukar menjadi mimpi ngeri.

Mahrez jelas gagal mengulangi prestasi yang membawanya memenangi anugerah pemain terbaik tahunan PFA ketika membantu Leicester menjulang gelaran EPL 2016 selepas ditenggela­mi kelibat Raheem Sterling dan Bernardo Silva.

Sejak itu Pep Guardiola membayangk­an Mahrez seolah-olah tidak gembira dengan kekurangan aksi yang dianggap menjejaska­n persembaha­nnya.

“Dia pemain berkualiti. Hanya satu yang perlu ditingkatk­annya iaitu perlu lebih tenang apabila tidak diturunkan. Yang lain semuanya sudah terbaik,” kata Guardiola.

Malang bertimpa buat Mahrez di Liverpool, Oktober lalu apabila penaltinya melambung tinggi sekali gus meragut kemenangan City ke atas pencabar utama mereka itu.

Tetapi Guardiola terus yakin dengannya dan kepercayaa­n itu tampak berbalas sejak awal musim ini apabila Mahrez menjadi watak utama City.

Dia beraksi dalam 10 daripada 11 perlawanan pertama City dengan meledak tiga jaringan termasuk gol sepakan percuma ke atas Everton, minggu lalu selain membuat tujuh umpanan gol.

“Sepanjang musim ini dia beraksi dengan begitu menakjubka­n,” kata Guardiola.

“Dia adalah pemain luar biasa. Saya gembira untuknya kerana dia beraksi pada tahap yang hebat.” AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia