Berita Harian

United tidak lagi digeruni lawan

-

Newcastle: Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United sedang berdepan tempoh yang sukar ketika dia cuba membina semula pasukannya dan kunjungan ke Newcastle United lewat malam ini waktu Malaysia menawarkan peluang terbaik untuk mereka menamatkan rekod buruk tempat lawan.

Keputusan terikat tanpa jaringan dengan AZ Alkmaar aksi Liga Europa pada Khamis meninggalk­an United tanpa kemenangan di tempat lawan sepanjang 10 perlawanan lalu.

Mereka langsung tidak pernah memenangi perlawanan di luar Old Trafford sejak kemenangan dramatik Liga Juara-juara pada Mac lalu ke atas Paris Saint-germain.

Kali terakhir United mengalami situasi sama adalah pada 1989 di mana mereka gagal mencatat kemenangan tempat lawan dalam 11 perlawanan antara sejarah paling buruk kelab berkenaan.

Masalah ketara yang dihadapi United ketika ini adalah kegagalan jentera seranganny­a menghasilk­an gol selain kurangnya kreativiti di bahagian tengah.

Benteng kendalian Solskjaer juga kekal rapuh walaupun berbelanja besar untuk mendapatka­n pertahanan termahal dunia, Harry Maguire dan Aaron Wanbissaka.

Malah, Solskjaer akhirnya akur bahawa United tidak lagi ditakuti lawan sama seperti di bawah tempoh cemerlang 27 tahun Alex Ferguson.

“Kami tidak lagi berada pada era 1990-an, ia adalah era yang berbeza. Kelompok pemain berbeza yang sedang dibangunka­n,” kata Solskjaer.

Dilimpahi pemain muda berpotensi termasuk Mason Greenwood dan Axel Tuanzebe, Solskjaer cuba memberi gambaran betapa hanya dengan menaruh kepercayaa­n terhadap pemain belia saja dapat mengembali­kan era kegemilang­an Ferguson.

“Saya bersedia untuk melihat pemain muda ini berkembang,” kata Solskjaer yang mungkin kehilangan khidmat Paul Pogba dan Jesse Lingard untuk malam ini. AFP 19 tahun, Connolly - jaringan kelapan yang Spurs bolos dalam 78 minit aksi kompetitif.

Pochettino cuba memberi reaksi balas terhadap situasi tertekan yang dihadapi pasukannya apabila membawa masuk Harry Winks di awal babak kedua bagi menggantik­an Tanguy Ndombele. Namun, tindakan itu dilihat gagal menyekat aksi cemerlang Brighton apabila Connolly sekali lagi meledak gol pada minit ke-65, sekali gus mengesahka­n kemenangan bergaya tuan rumah.

Pemain Ireland itu menerima bola hantaran jauh di bahagian kiri dan mengatasi Toby Alderweire­ld sebelum melencongk­an bola mengatasi Gazzaniga ketika Brighton mencatat kemenangan pertama ke atas Spurs sejak 1983. Keputusan itu meletakkan Spurs kekal dengan 11 mata sementara Brighton pula mengumpul sembilan mata selepas lapan perlawanan

REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Connolly menjaringk­an gol kedua Brighton di stadium Amex, semalam.
(Foto REUTERS) Connolly menjaringk­an gol kedua Brighton di stadium Amex, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia