Berita Harian

Quartararo sambar petak utama

Tiga pelumba Yamaha kuasai 2 barisan pertama perlumbaan

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tiga pelumba Yamaha menguasai dua barisan pertama perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand dengan Fabio Quartararo menyambar petak utama keempat dalam karier sulungnya untuk kelas Motogp musim ini selain memperbaha­rui rekod sepusingan Litar Antarabang­sa Chang di Buriram, Thailand, semalam.

Quartararo yang mewakili pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) mencatat masa terpantas 1 minit 29.719 saat pada sesi kelayakan kedua, 0.106s di depan pelumba Monster Energy Yamaha Motogp, Maverick Vinales yang berada di petak kedua.

Malah, catatan dilakukan Quartararo itu turut memperbaha­rui rekod sepusingan terpantas litar berkenaan, mengatasi catatan dilakukan Dani Pedrosa ketika ujian rasmi Motogp 2018, 1:29.781s.

Juara bertahan dan juga pendahulu carta keseluruha­n ketika ini, Marc Marquez daripada Repsol Honda Team melengkapk­an barisan pertama dengan catatan, 1'29.931s.

“Kami memberikan segala-galanya. Ini adalah satu tugas yang baik daripada pasukan, Yamaha dan juga diri sendiri. Terima kasih kepada mereka,” kata Quartararo.

Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli mengepalai barisan kedua perlumbaan dengan berada di petak keempat tatkala dua wakil Ducati - Danilo Petrucci dan Jack Miller - masing-masing berada di petak kelima dan keenam.

Selepas 14 pusingan, Morbidelli yang memasuki tahun keduanya dalam kelas perdana itu masih belum menemui penamat di pentas podium dan untuk kali ini, dia berkata: “Saya gembira dengan keputusan ini, barisan kedua yang menepati sasaran kami untuk hari ini (semalam).

“Kami mampu melakukann­ya dan saya juga gembira dengan rentak kelajuan yang ada walaupun mungkin ada beberapa perkara lagi yang perlu ditambahba­ik. Apapun, saya akan cuba seperti biasa. Saya tidak tahu. Namun sekiranya kami dapat membuat peningkata­n, pasti kami dapat meraihnya (penamat di podium).”

 ??  ??
 ??  ?? Quartararo meraikan petak utama keempat dalam kelas Motogp musim ini bersama kru pasukan dalam saingan GP Thailand di Buriram, semalam.
Quartararo meraikan petak utama keempat dalam kelas Motogp musim ini bersama kru pasukan dalam saingan GP Thailand di Buriram, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia