Berita Harian

Hup Wei tetap banggakan negara

Duduki tangga kelapan saingan final acara lompat tinggi

-

Kuala Lumpur: Biarpun tidak berakhir di podium, kejayaan Lee Hup Wei ke pusingan akhir acara lompat tinggi pada Kejohanan Olahraga Dunia 2019 sudah cukup membanggak­an.

Mana tidaknya, atlet kelahiran Selangor itu melakar sejarah tersendiri apabila muncul atlet pertama negara ke pentas final di kejohanan berprestij itu selepas melakukan lompatan setinggi 2.29 meter (m) dalam aksi kelayakan pada Selasa.

Pada saingan akhir di Stadium Antarabang­sa Khalifah, Doha, kelmarin, Hup Wei, 32, bagaimanap­un gagal menyempurn­akan lompatan 2.30m untuk menyamai rekod kebangsaan milik Nauraj Singh Randhawa apabila mencatat lompatan setinggi 2.27m.

Dia berakhir di kedudukan kelapan daripada 12 atlet keseluruha­n dengan pingat emas acara itu menjadi milik jaguh Asia, Mutaz Essa Barshim (Qatar) dengan lompatan setinggi 2.37m, manakala pingat perak dan gangsa pula masing-masing diraih oleh dua atlet Russia iaitu Mikhail Akimenko serta Ilya Ivanyuk dengan berkongsi rekod 2.35m.

Hup Wei yang bertanding atas tiket wild card melepasi dua had ketinggian dengan satu percubaan bermula 2.19m dan 2.24m seterusnya mencatatka­n keputusan 2.27m dengan dua percubaan, namun cubaannya bagi ketinggian 2.30m tidak berhasil.

Catatan 2.27m juga sekali gus meleburkan peluangnya melakukan lompatan seterusnya setinggi 2.33m bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara merit.

Sebelum ini, juara Kejohanan Asia 2007 yang juga pemenang tiga pingat emas Sukan SEA itu layak ke Sukan Olimpik Beijing, China pada tahun 2008 dan London pada tahun 2012. BERNAMA

 ??  ?? Aksi Hup Wei pada saingan akhir acara lompat tinggi di Stadium Antarabang­sa Khalifah, Doha, kelmarin.
Aksi Hup Wei pada saingan akhir acara lompat tinggi di Stadium Antarabang­sa Khalifah, Doha, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia