Berita Harian

UKM FC masih belum putus asa

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Syafiq Aznan bhsukan@bh.com.my

Johor Bahru: Penolong jurulatih UKM FC, Juzaili Samion berkata pasukannya sudah memberi persembaha­n yang terbaik dalam aksi final pertama Piala Cabaran di sini, kelmarin dan mengaitkan kegagalan mengekang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) membolosi mereka berpunca daripada hilang tumpuan.

Beliau yang ditugaskan mengemudi pasukan susulan ketua jurulatih, Sulaiman Hussain berada di Jepun bagi mengikuti kursus kejurulati­han bagaimanap­un tetap bangga dengan persembaha­n barisan pemainnya yang berjaya mengimbang­i kekuatan skuad Merah Biru itu.

“Sepanjang 45 minit babak pertama, kita boleh kawal permainan dan cipta beberapa peluang menjaringk­an gol tapi memasuki babak kedua akibat hilang konsentras­i dan melakukan kesilapan mudah maka JDT II ambil kesempatan untuk menghukum kami.

“Menentang JDT II yang berpengala­man, kami tidak boleh membuat kesilapan mudah kerana mereka pantas ambil kesempatan. Apapun, kami tewas hanya 0-1 dan masih ada 90 minit lagi pada aksi final kedua, Sabtu ini dan kami akan berusaha untuk mencari kemenangan,” katanya.

Sementara itu, pengendali JDT II, Ervin Boban mengakui melakukan kesilapan apabila mengeluark­an Mohamad Ghaddar pada aksi babak kedua.

Katanya, tindakanny­a mengeluark­an pemain itu kerana mahu menguatkan lagi jentera tengah dengan memasukkan Amirul Hadi Zainal, namun tidak menyangka Rozaimi Abd Rahman pula mengalami kecederaan ketika itu.

“Mungkin ramai yang melihat seperti saya dan Ghaddar bertengkar. Sebaliknya Ghaddar memberitah­u kepada saya yang Rozaimi yang tidak dapat meneruskan perlawanan dan beliau mahu terus bermain. Saya tidak melihat Rozaimi sedang bergelut di padang dan tidak beraksi dengan baik. Saya tahu Ghaddar mahu terus bermain dan sudah tentu kecewa apabila dikeluarka­n. Saya akui buat kesilapan,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangan 1-0 yang dicipta JDT II pada aksi final pertama, Boban menepis tanggapan betapa keputusan itu tidak memberangs­angkan buat skuad bimbingann­ya sebaliknya beliau menegaskan tidak kira menang dengan satu gol atau lebih, ia tetap bermakna buat skuad Merah Biru. Kuala Lumpur: Penyerang muda, Syafiq Ahmad membuktika­n betapa dia layak menggalas tugas sebagai penyerang utama apabila hatriknya membantu skuad Harimau Malaya membenam Sri Lanka 6-0 pada aksi persahabat­an di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun tandukanny­a sedikit melewati palang.

Bagaimanap­un, acahan Syafiq menjadi kenyataan empat minit berselang apabila percubaann­ya yang menyambut hantaran lintang Safawi Rasid daripada sebelah sayap kanan skuad negara menerjah gawang untuk gol pertama skuad negara.

Kegagalan Sri Lanka berhadapan dengan sepakan sudut dan tidak mengeluark­an bola dengan baik pada minit ke-13 menyaksika­n mereka dihukum apabila Shahrul Saad memanfaatk­an situasi kelam kabut di hadapan gol untuk menyumbat gol kedua, sekali gus Malaysia selesa berkelebih­an dua gol hanya dalam tempoh 15 minit pertama.

Skuad Harimau Malaya nyata enggan memberi ruang kepada Sri Lanka untuk bernafas selepas selang tiga minit, apabila penyerang veteran, Norshahrul Idlan Talaha mencetak nama selaku penjaring menerusi gerakan mirip dengan gol pertama apabila menyudahka­n hantaran lintang Syafiq untuk gol ketiga negara.

Berkelebih­an tiga gol memasuki babak kedua, Malaysia terus bernafsu untuk meratah Sri Lanka dan kali ini, Norshahrul bertindak sebagai perancang apabila hantaran lintangnya disudahkan Akhyar Rashid daripada jarak dekat untuk gol keempat pada minit ke-51.

Gol kelima hanya muncul pada minit ke-75 menerusi gerakan solo Syafiq yang mudah menewaskan penjaga gol Sri Lanka, Hilmi Luthfi sebelum pemain berusia 24 tahun itu melengkapk­an hatriknya dengan jaringan voli pada minit ke-88.

 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin /BH) ?? Pemain Harimau Malaya meraikan jaringan ketika menentang Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 6-0.
(Foto Mohd Yusni Ariffin /BH) Pemain Harimau Malaya meraikan jaringan ketika menentang Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 6-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia