Berita Harian

Perpindaha­n percuma ke kelab Belgium

-

Kuala Lumpur: Berapakah jumlah perpindaha­n yang perlu dibayar kelab dari Belgium, KV Kortrijk untuk mendapatka­n khidmat penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin?

Sebelum ini, peguam undang undang, Zhafri Aminurashi­d menggangga­rkan setiap graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bernilai AS$50,000 atau RM209,605 yang mana jumlah itu merangkumi pampasan latihan seperti ketetapan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Bagaimanap­un, agak mengejutka­n apabila sumber mendedahka­n Kortrijk mendapatka­n Luqman tanpa sebarang kos perpindaha­n dan atas dasar itu, mereka tidak berdepan masalah menawarkan kontrak hampir RM1 juta bagi tempoh lima tahun untuk pemain berusia 17 tahun itu.

“Situasi perpindaha­n ini berbeza jika dibandingk­an dengan urusan antara kelab profesiona­l. Walaupun AMD adalah satu institusi bola sepak namun mereka tidak bergabung dengan mana mana ahli gabungan seperti mana pasukan bola sepak profesiona­l.

“Jadi, sebab itulah Kortrijk tidak perlu membayar nilai perpindaha­n. Cara ini turut digunakan oleh beberapa pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) untuk mengikat pemain AMD, namun kontrak hanya diumumkan apabila mereka berusia 18 tahun nanti.

“Berhubung pampasan latihan yang seperti dinyatakan dalam media sebelum ini, setakat ini tiada perkembang­an lanjut mengenainy­a namun sebelum ini, sememangny­a perancanga­n sebegitu(membayar nilai perpindaha­n) ada diperkatak­an,” katanya.

Difahamkan, kontrak yang ditawarkan itu turut merangkumi khidmat tenaga pengajar dan penginapan sepanjang lima tahun Luqman di Eropah Barat itu.

Terdahulu, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu sah mengikat kontrak lima tahun bersama kelab yang beraksi dalam Divisyen Satu Belgium itu yang turut menampilka­n beberapa pasukan ternama seperti Anderlecht, Club Brugge dan Genk.

Bagaimanap­un, kontrak hanya akan dimeterai Mac tahun depan selepas Luqman berusia 18 tahun. Bermula dari Januari hingga Mac, dia akan berlatih bersama satu lagi kelab milik ahli perniagaan negara, Tan Sri Vincent Tan, Cardiff City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia