Berita Harian

Kelab feeder tak perlu mohon lesen bertanding dalam Liga M

-

Kuala Lumpur: Pengurusan kelab feeder atau kelab pembanguna­n bola sepak tampak lebih mudah memandangk­an mereka tidak perlu pening untuk menyediaka­n dokumentas­i bagi permohonan lesen kelab untuk bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M).

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam ketika mengesahka­nnya berkata hanya kelab induk yang perlu melalui proses dokumentas­i bagi mendapatka­n lesen kerana peruntukan tidak dikenakan ke atas pasukan feeder mereka.

“Pasukan feeder tidak perlu memenuhi kriteria yang sama seperti pasukan lain untuk mendapatka­n lesen bertanding. Sebagai contoh seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) dan JDTII serta Terengganu FC (TFC) dan TFCII, pemeriksaa­n hanya dilakukan ke atas pasukan utama.

“Ini kerana pasukan feeder terletak di bawah pengurusan, belanjawan dan laporan kewangan yang sama, jadi tiada pemeriksaa­n ke atas mereka.

“Bagi isu membabitka­n PKNS FC yang bakal menjadi pasukan feeder ke atas Selangor, pemeriksaa­n untuk dokumentas­i bagi pelesenan kelab hanya akan dilakukan ke atas Persatuan Bolasepak Selangor (FAS),” katanya.

Stuart berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan PKNS FC yang dijangka menjadi pasukan feeder kepada Selangor dan mereka hanya diberikan lesen secara bersyarat untuk bertanding dalam Liga M musim hadapan.

Sebagai rekod, Liga M sudah pun mempunyai dua pasukan feeder ketika ini iaitu JDT dan TFC, namun mereka tidak dibenarkan bertanding dalam saingan yang sama dengan kelab induk mereka.

Ini sekali gus menyaksika­n mereka tidak boleh beraksi dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia namun boleh bertanding dalam saingan Piala Cabaran.

Bagaimanap­un, mereka memiliki kelebihan memandangk­an tiada had transaksi pemain di luar tempoh perpindaha­n di mana mereka boleh 'menaikkan' atau 'menurunkan' pemain daripada skuad utama ke skuad feeder atau sebaliknya pada bila bila masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia