Berita Harian

STEM bakal diperluas ke seluruh Sarawak

Setakat ini 10 makmal dibuka sejak penubuhan pada 2017

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

Kuching: Penubuhan makmal pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) akan diperluas di negeri ini bagi menggalakk­an lebih ramai pelajar mendalami bidang terbabit.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata setakat ini, 10 makmal STEM sudah dibuka di empat daerah Sarawak, iaitu Kuching, Saratok, Lawas dan Limbang.

Beliau berkata, sejak penubuhan makmal STEM pada 2017, kesan ketara dapat dilihat apabila ramai pelajar semakin mahir menguasai bidang teknikal dan teknologi sehingga ada yang mampu mencipta peranti sendiri.

“Kita menubuhkan makmal ini bagi mendedahka­n masyarakat mengenai pentingnya STEM dalam proses transforma­si ekonomi ke arah digital.

“Dalam tempoh setahun setengah ini, kita dapat melihat kesan bahawa jika didedahkan kepada teknologi secara santai, anak boleh menguasain­ya dengan cepat dan kemudian mendalami ilmu diperkenal­kan seperti sistem solar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas melancarka­n Karnival STEM Satok di Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Abang Johari berkata, selepas melihat keberkesan­an makmal STEM sedia ada di empat daerah, kerajaan negeri berhasrat memperluas­kannya ke semua bahagian di negeri ini.

“Kami berhasrat mengembang­kan penubuhan makmal ini untuk memperting­kat kesedaran mengenai STEM, termasuk di kawasan luar bandar khususnya bagi menggalakk­an pemodenan pertanian.

“Kita mahu semua tempat memiliki makmal STEM dan jika tidak ada dana, kerajaan negeri sedia membantu menyalurka­nnya,” katanya.

 ?? (Foto Hazreen Mohamad/bh) ?? Abang Johari bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi (dua dari kanan) merasmikan Majlis Perasmian Karnival STEM Satok 2019 di SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan, Kuching, semalam.
(Foto Hazreen Mohamad/bh) Abang Johari bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi (dua dari kanan) merasmikan Majlis Perasmian Karnival STEM Satok 2019 di SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia