Berita Harian

Sabah mampu bersaing di kepulauan Borneo: KM

Kerajaan negeri perlu sedia prasarana, perkhidmat­an terbaik

-

Kota Kinabalu: Sabah perlu membuat persiapan sewajarnya sebagai negeri yang mampu menyediaka­n prasarana dan perkhidmat­an terbaik untuk bersaing di kepulauan Borneo.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata semua pihak sedia maklum Indonesia sedang giat membuat persiapan pemindahan ibu kotanya ke Kalimantan yang sekali gus dijangka memacu pertumbuha­n dan letusan ekonomi di kepulauan Borneo.

Justeru, katanya, kerajaan negeri dan rakyat perlu bekerja sebagai sebuah pasukan dalam usaha meningkatk­an keupayaan Sabah menjadi pilihan di kepulauan Borneo, bukan hanya kepada pelabur tetapi juga pelancong.

Beliau berkata, Sabah memiliki banyak kelebihan untuk muncul sebagai kuasa ekonomi di rantau ini.

Katanya, negeri ini memiliki keluasan tanah dan sumber alam sebagai aset utama yang berpotensi memperkasa­kan pembanguna­n industri, sekali gus menarik lebih ramai pelabur.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa memfokus menjadikan Sabah negeri perindustr­ian, termasuk mewujudkan lebih banyak aktiviti hiliran bagi memastikan Sabah tidak hanya bergantung pada eksport bahan mentah seperti balak dan minyak sawit.

“Perkara inilah yang perlu kita lakukan jika mahu berubah dan menjadikan Sabah pilihan utama pelabur. Kerajaan akan sentiasa berusaha menjadikan Sabah hab industri di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran dan Bintang serta Pingat Negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-66 Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Shafie turut mengingatk­an penjawat awam negeri supaya memberi perkhidmat­an diperlukan kepada pelabur, selain sentiasa turun padang bertemu rakyat, sekali gus memantau dan memastikan projek pembanguna­n disiapkan mengikut kualiti serta jadual ditetapkan.

Mengenai sektor pelanconga­n, beliau berkata, 2.389 juta pelancong direkodkan berkunjung ke Sabah dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat hampir 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, prestasi itu menunjukka­n Sabah kekal menjadi destinasi pelanconga­n paling popular dalam kalangan pelancong asing dan domestik. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia