Berita Harian

Eksesais perkukuh kerjasama ATM, tentera AS

-

Kota Belud: Eksesais Tiger Strike 2019 di Lapang Sasar Udara (LASARUD), di sini, adalah platform untuk mengukuhka­n kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (AS).

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, berkata eksesais itu adalah latihan ketenteraa­n gabungan bersama tahunan membabitka­n dua pihak bagi menambah baik profesiona­lisme serta latihan anggota ATM.

“Saya berbesar hati semua peserta eksesais dapat menjalani beberapa latihan yang agak padat dengan selamat, di samping bertukar-tukar pengalaman dan kemahiran masing-masing berkaitan ilmu ketenteraa­n,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, eksesais itu membabitka­n anggota daripada tiga cabang perkhidmat­an ATM, dan disertai aset ketenteraa­n daripada United States Marine Corps (USMC).

“Eksesais kali ini memfokus latihan serangan amfibi serta latihan hutan. Latihan ketenteraa­n seperti ini diadakan bagi mempelajar­i dan bertukar-tukar kemahiran serta kepakaran antara anggota ATM dengan Angkatan Tentera AS.

“Eksesais ini dibahagi kepada dua bahagian, iaitu fasa latihan hutan dan latihan amfibi di Lahad Datu, serta fasa latihan serangan udara di Kota Belud,” katanya.

Beliau berkata, bagi latihan dan serangan amfibi, anggota ATM daripada Batalion Ke-22 dan Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja bergabung dengan pasukan USMC untuk berlatih melaksanak­an serangan pantai.

“Pasukan 516 Rejimen Askar Wataniah pula bertindak sebagai pelaku musuh di mana perancanga­n serangan pantai dilaksanak­an di kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS GREEN BAY.

“Dalam pada itu, perkongsia­n dan pertukaran ilmu ketenteraa­n dilaksanak­an selepas serangan pantai selesai.

“Anggota Marin AS dilatih mengenai ilmu peperangan di hutan seperti berpangkal­an, ronda kumpulan kecil dan serang hendap,” katanya.

Bagi fasa latihan di lapang sasar di Kota Belud pula, Suhaimi berkata, ia membabitka­n pertukaran latihan seperti Kawalan Taktikal Udara yang turut membabitka­n anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), latihan menembak lorong hutan dan menembak senjata mortar yang membabitka­n anggota Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD).

“Selain itu, latihan pengeboman sasaran udara turut membabitka­n pesawat udara tentera AS, manakala anggota Marin Amerika daripada kapal USS BOXER pula berpeluang bertukar ilmu peperangan di hutan bersama anggota 3 RAMD seperti teknik serang hendap, ronda tempur serta teknik mengesan periuk api ketika ronda,” katanya.

Suhaimi berkata, secara keseluruha­n, eksesais itu mencapai objektif dengan melatih seramai 853 anggota ATM dan 735 anggota USMC.

 ?? (Foto Ihsan ATM) ?? Suhaimi menerima cenderahat­i daripada Kolonel Fridrik Fridriksso­n Tiger Strike 2019 di Lapang Sasar Udara (LASARUD), Kota Belud. pada majlis penutupan Eksesais
(Foto Ihsan ATM) Suhaimi menerima cenderahat­i daripada Kolonel Fridrik Fridriksso­n Tiger Strike 2019 di Lapang Sasar Udara (LASARUD), Kota Belud. pada majlis penutupan Eksesais

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia