Berita Harian

Ulama Iraq tuntut PM undur

Hampir 100 maut, perintah berkurung ditarik balik

-

Baghdad: Polis Iraq menahan lebih 500 suspek ketika perintah berkurung di ibu negara Iraq ditarik semula, semalam, ketika tunjuk perasaan dan ketegangan di ibu negara, di sini, berterusan.

Paling membimbang­kan demonstras­i awam tanpa pemimpin itu kini sudah meragut hampir 100 nyawa dan hampir 4,000 lagi cedera susulan ‘gelagat ganas’ perusuh yang belum mengalah di atas tuntutan mereka.

Dalam perkembang­an terkini, ulama yang bersuara lantang, Moqtada Sadr menuntut kerajaan meletak jawatan.

Tunjuk perasaan besar secara spontan terhadap masalah penganggur­an kronik dan perkhidmat­an awam teruk, sejak Selasa lalu, kini menjadi pergerakan lebih meluas menuntut rasuah dihentikan dan kerajaan ditukar.

Menurut suruhanjay­a hak asasi manusia parlimen, sekurang-kurangnya 93 maut ketika tunjuk perasaan merebak ke beberapa bandar di selatan negara itu.

Sadr menyokong tunjuk perasaan, kelmarin dengan menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Adel Abdul Mahdi.

Pergerakan dan pertubuhan beliau mempunyai pengaruh untuk meningkatk­an jumlah penyokong di jalanan, namun berisiko mengasingk­an mereka yang membanjiri jalanan, sejak beberapa hari lalu, untuk menolak semua kumpulan politik yang bertelagah di negara itu.

Speaker Mohammad al-halbusi mengadakan sesi parlimen, lewat kelmarin untuk membincang­kan peluang pekerjaan dan skim kebajikan sosial, selepas beliau turut menyokong penunjuk perasaan dengan berkata, ‘suara mereka didengari’.

Dalam pada itu di Baghdad, semalam, pekerja perbandara­n kelihatan membersihk­an sampah yang dibakar penunjuk perasaan, sejak beberapa hari lalu.

Penduduk kembali di jalanan untuk membeli sayur-sayuran dan barangan mentah lain, ketika harga meningkat dua kali ganda, sejak tunjuk perasaan membawa maut itu bermula. AFP

 ??  ?? Penunjuk perasaan menggunaka­n bahan konkrit sebagai alat perlindung­an ketika melancarka­n demonstras­i di Baghdad, kelmarin.
Penunjuk perasaan menggunaka­n bahan konkrit sebagai alat perlindung­an ketika melancarka­n demonstras­i di Baghdad, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia