Berita Harian

Belgium ketepi khidmat De Bruyne

-

Paris: Kevin De Bruyne akan terlepas aksi Belgium pada kelayakan Euro 2020, namun Eden Hazard kembali ketika mereka berusaha mengekalka­n rekod 100 peratus dalam Kumpulan I sekali gus memastikan tempat ke pusingan akhir.

Pemain perancang ini diketepika­n daripada skuad 28 pemain dinamakan jurulatih, Roberto Martinez kelmarin, akibat kecederaan pangkal paha ketika bermain buat Manchester City di Everton hujung minggu lalu.

Namun, Hazard yang juga kapten pasukan terlepas aksi kelayakan menentang San Marino dan Scotland bulan lalu, kembali di samping adiknya, Thorgan, Axel Witsel dan Timothy Castagne bagi perlawanan di laman sendiri menentang San Marino pada 10 Oktober dan Kazakhstan tiga hari kemudian.

Hazard dan penjaga gol, Thibaut Courtois gagal bertindak cemerlang bersama Real Madrid akhir-akhir ini, namun ia tidak membimbang­kan, menurut Martinez pada sidang akhbar di Antwerp.

Berikut adalah pemain yang dipanggil perkuat Belgium iaitu penjaga gol, Thibaut Courtois (Real Madrid), Simon Mignolet (Club Bruges), Matz Sels (Racing Strasbourg) dan Hendrik Van Crombrugge (Anderlecht), manakala pertahanan, Toby Alderweire­ld (Tottenham Hotspur), Dedryck Boyata (Hertha Berlin), Timothy Castagne (Atalanta), Leander Dendoncker (Wolverhamp­ton), Brandon Mechele (Club Bruges), Thomas Vermaelen (Vissel Kobe), Jan Vertonghen (Tottenham Hotspur), Thomas Meunier (PSG).

Pemain tengah pula adalah Yannick Carrasco (Dalian Yifang), Nacer Chadli (Anderlecht), Dennis Praet (Leicester City), Maxime Lestienne (Standard Liege), Youri Tielemans (Leicester City), Hans Vanaken (Club Bruges), Yari Verschaere­n (Anderlecht), Axel Witsel (Borussia Dortmund), manakala penyerang adalah Michy Batshuayi (Chelsea), Christian Benteke (Crystal Palace), Eden Hazard (Real Madrid), Thorgan Hazard (Borussia Dortmund), Adnan Januzaj (Real Sociedad), Romelu Lukaku (Inter Milan), Dries Mertens (Napoli) dan Divock Origi (Liverpool). AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia