Berita Harian

Buta tidak halang Adam

bergelar hafiz

- Oleh Baharom Bakar bhnews@bh.com.my

Kuala Nerus: Dilahirkan buta tidak menghalang seorang remaja berusia 17 tahun bergelar hafiz dalam tempoh empat tahun hafalan.

Malah, Adam Hussaini Mohd Rosli, anak bongsu kepada pasangan pendidik itu juga mampu membaca dan menulis bahasa Arab dengan baik.

Dia yang menuntut di Maahad Tahfiz dan Pengajian Islam Darul Hijrah Baling, Kedah muncul antara 21 pelajar terbaik program Syahadah dan menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta sijil kecemerlan­gan sempena majlis Konvokesye­n Himpunan Huffaz Permata al-quran peringkat Nusantara di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, semalam.

Bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik bagi mencurahka­n ilmu, terutama kepada golongan kurang upaya (OKU), Adam Hussaini berkata, dia menghabisk­an masa kira-kira 15 jam sehari untuk mempelajar­i bahasa Arab dan membaca al-quran menggunaka­n Braille.

“Dorongan dan galakan diberikan ibu, Hasnah Hashim, 54, dan bapa yang juga bekas pesara guru, Mohamad Rosli Hassan, 62, serta sisihkan sikap jemu untuk belajar menjadi kunci kejayaan.

“Selain itu, kesungguha­n belajar menggunaka­n braille sejak sekolah rendah lagi membuatkan saya dapat menguasai al-quran dengan mudah seterusnya menghafaln­ya,” katanya.

Majlis perasmian dan penyampaia­n anugerah dilakukan EXCO Pelaksanaa­n Syariah, Pendidikan

Dorongan dan galakan diberikan ibu, Hasnah Hashim, 54, dan bapa yang juga bekas pesara guru, Mohamad Rosli Hassan, 62, serta sisihkan sikap jemu untuk belajar menjadi kunci kejayaan.

dan Pengajian Tinggi negeri, Satipul Bahari Mamat.

Turut hadir ialah Presiden Permata Al-quran, Manolito Mohd Dahlan dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS), Kamaruzama­n Abdullah.

Adam Hussaini yang juga bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan khas Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, berkata dia kini sedang membuat persiapan untuk menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November depan.

“Saya mengambil peperiksaa­n SPM kategori calon persendiri­an dan mengulang kaji pelajaran dengan bimbingan ibu yang bertugas sebagai guru di Sekolah Model Khas, Baling, Kedah.

Sementara itu, Satipul Bahari yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Paka, berkata pendidikan tahfiz penting kepada sistem pendidikan negara pada masa kini.

Katanya, ia sejajar merealisas­ikan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ke arah melahirkan insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

 ??  ??
 ?? (Foto Imran Makhzan /BH) ?? Hasnah dan Mohamad Rosli melihat anugerah yang diterima Adam Hussaini pada Majlis Konvokesye­n Himpunan Huffaz Permata Al- Quran Malaysia peringkat Nusantara di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.
(Foto Imran Makhzan /BH) Hasnah dan Mohamad Rosli melihat anugerah yang diterima Adam Hussaini pada Majlis Konvokesye­n Himpunan Huffaz Permata Al- Quran Malaysia peringkat Nusantara di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia