Berita Harian

Karmaine dilihat penuhi kriteria jadi calon

-

Kuala Lumpur: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Piai mahu ketua mereka diangkat sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor, 16 November ini.

Sumber memberitah­u, Karmaine Sardini dilihat memenuhi kriteria seperti digariskan Pakatan Harapan (PH) Johor iaitu popular, berhemah, berpendidi­kan dan orang tempatan.

Bagaimanap­un, sumber berkata, mengambil kira prosedur parti, BERSATU Tanjung Piai yang akan bermesyuar­at esok akan membincang­kan beberapa calon berdasarka­n kriteria ditetapkan.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya tiga nama akan diangkat selepas mesyuarat hari ini untuk dipertimba­ngkan pucuk pimpinan negeri yang kemudianny­a akan dikemukaka­n ke peringkat pusat.

Felo Pusat Penyelidik­an Dasar dan Kajian Antarabang­sa (CENPRIS) Universiti Sains Malaysia, Dr Ainul Adzellie Hasnul, turut menjangkak­an PH mempertaru­hkan Karmaine yang juga seorang arkitek dan bekas guru.

Karmaine berpengala­man lebih 28 tahun dalam seni bina dan lebih 48 tahun dalam politik, dikatakan berpengaru­h dalam kalangan masyarakat setempat sebagai pemimpin politik, aktivis sosial dan agama.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Karmaine tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan di Parlimen Pontian dengan perbezaan 833 undi.

Sementara itu, BN dijangka menurunkan sekali lagi bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Wee Jeck Seng pada PRK berkenaan.

Jeck Seng Ketua MCA Tanjung Piai yang memenangi kerusi itu pada PRU-12 dan PRU-13 dikatakan calon paling sesuai dipertaruh­kan di kerusi berkenaan.

Penganalis­is politik, Prof Dr Hoo Ke Ping, yakin Jeck Seng akan dicalonkan semula kerana Ketua MCA Tanjung Piai itu hanya tewas dengan majoriti 524 undi.

Beliau berkata, walaupun tewas pada PRU-14, Jeck Seng tidak mengabaika­n pengundi kawasan itu, sebaliknya terus memberikan khidmat kepada mereka.

“Saya yakin tiada calon paling sesuai dari BN di kerusi Tanjung Piai selain Wee Jeck Seng,” katanya.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon ketika dihubungi, berkata calon akan diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang belum ditentukan tarikhnya.

 ??  ?? Karmaine Sardini
Karmaine Sardini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia