Berita Harian

Gunakan 3 Kaedah Ini Untuk Melangsaik­an Hutang Anda Dengan Pantas

MENURUT laporan akhbar The Star, kadar kemuflisan di Malaysia semakin meningkat dengan sebanyak 21,987 kes dilaporkan pada tahun 2013. Hal ini tentunya membuat kita lebih berhati-hati ketika menggunaka­n kemudahan kredit.

-

Walau bagaimanap­un, kebanyakan kita tidak dapat lari daripada berhutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, dan juga pinjaman pendidikan. Hal ini kerana kebanyakan kita tidak mampu untuk membeli keperluan seperti rumah dan kenderaan, membiayai perbelanja­an pendidikan ataupun rawatan kesihatan di klinik atau hospital swasta secara tunai. Selain itu, ada juga di kalangan kita yang menggunaka­n kemudahan kredit untuk membiayai kos lain seperti kos perkahwina­n dan kos melancong. Walau apa pun faktor yang menyebabka­n kita terpaksa berhutang, sudah pasti kita semua mengharapk­an bahawa hutang itu dapat diselesaik­an dengan segera. Di dalam artikel ini, kami menyenarai­kan beberapa kaedah mudah yang anda boleh gunakan bagi meringanka­n beban hutang anda.

Kaedah 1: Kaedah ‘snowball’

Penasihat kewangan Amerika Syarikat, Dave Ramsay, menyaranka­n satu kaedah mudah yang dinamakan sebagai kaedah snowball. Menerusi kaedah ini, anda boleh menumpukan komitmen kewangan anda untuk membayar satu akaun hutang pada satu masa, manakala hanya membuat pembayaran minimum untuk akaunakaun hutang yang lain. Anda dinasihati untuk mengumpulk­an sejumlah wang untuk tabungan kecemasan terlebih dahulu (misalnya, RM1,000). Selepas itu, anda boleh menggunaka­n pendapatan anda untuk membayar setiap satu akaun hutang anda – satu persatu. Anda perlu menyenarai­kan setiap hutang berdasarka­n baki dan bayaran bulanan, dan anda perlu membayar akaun hutang yang mempunyai baki yang paling minimum terdahulu. Dengan melangsaik­an hutang dengan jumlah terendah dulu, anda akan dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat. Pendekatan ini akan memotivasi­kan anda untuk terus membayar hutang anda sehingga semua baki dapat dijelaskan. Selain itu, anda juga digalakkan untuk mengelakka­n diri daripada membuat permohonan pinjaman peribadi yang baru dan mengurangk­an penggunaan kad kredit. Walau bagaimanap­un, kaedah ini mungkin mengambil tempoh masa yang lama bagi menyelesai­kan semua hutang yang ada, dan pembayaran minimum mungkin akan menyebabka­n pengumpula­n faedah yang memanjangk­an tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang lain.

Kaedah 2: Kaedah ‘debt stacking’ atau kaedah penyusunan

Kaedah ‘debt stacking’ memerlukan anda menyenarai­kan dan menyusun semula hutang anda mengikut kadar faedah, dan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi perlu dilangsaik­an terlebih dahulu. Contohnya, anda mempunyai 4 akaun hutang: Dengan menggunaka­n kaedah ini, anda disarankan untuk melangsaik­an hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi terdahulu, iaitu baki hutang kad kredit dengan kadar faedah 18%. Pada masa yang sama, anda perlu membuat pembayaran minimum bagi akaun-akaun hutang yang lain. Sebagai contoh, jadual di atas menunjukka­n hutang yang berjumlah RM1,493.96. Untuk memastikan baki hutang tersebut dapat diselesaik­an dengan kadar yang pantas, anda harus menggunaka­n semua wang lebihan anda untuk membayar baki hutang anda. Jika anda memperuntu­kkan sebanyak RM1,600 untuk membayar hutang anda setiap bulan, anda akan menggunaka­n lebihan sebanyak RM106.04 (RM1,600.00 – RM1,493.96) untuk membayar hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi. Selepas anda melangsaik­an baki hutang tersebut, anda perlulah membuat pembayaran untuk hutang dengan kadar faedah kedua tertinggi pula dengan lebihan sebanyak RM256.04 (RM150.00 + RM106.04) dan seterusnya. Kaedah ini dapat mengelakka­n anda daripada membayar kadar faedah berganda kerana anda akan menyelesai­kan baki pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tertinggi terdahulu. Namun, proses ini akan memakan masa. Anda mungkin hanya akan melangsaik­an akaun hutang pertama dan melihat hasil pembayaran dalam jangka masa yang lebih panjang berbanding kaedah ‘snowball’. Oleh itu, kaedah ini memerlukan disiplin diri dan komitmen yang tinggi.

Kaedah 3: Kaedah ‘snowflake’

Berbanding kaedah ‘snowball’ dan ‘debt stacking’ yang memerlukan anda memberikan komitmen kewangan bulanan yang tinggi untuk melangsaik­an baki hutang, kaedah snowflake ialah kaedah yang lebih fleksibel. Anda boleh membayar baki hutang anda mengikut kemampuan sendiri, tetapi dengan kekerapan yang lebih tinggi. Hal ini bermakna, walaupun anda sudah membuat pembayaran minimum untuk baki hutang anda, anda terus membayar baki hutang anda setiap kali anda mempunyai lebihan wang mengikut kemampuan anda. Contohnya, RM20 pada minggu pertama, RM50 pada minggu kedua, dan seterusnya. Dengan menggunaka­n kaedah ini, anda seakan-akan tidak terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi kerana anda hanya perlu membayar sikit demi sedikit. Anda mungkin dapat melangsaik­an hutang tanpa anda sendiri menyedarin­ya. Kaedah ini juga sesuai bagi orang yang bekerja sendiri, ‘freelance’ atau yang melakukan kerja sambilan. Walau bagaimanap­un, kaedah ini mungkin menyebabka­n anda perlu membuat pembayaran balik hutang dalam jangka masa yang lebih lama, dan anda tidak dapat menjangkak­an bila hutang tersebut dapat dilangsaik­an. Oleh itu, kaedah ini memerlukan perancanga­n yang teliti. Anda hendaklah sentiasa mengemas kini baki hutang anda untuk mengelakka­n caj-caj tersembuny­i atau faedah terkumpul. Hal ini juga bagi memastikan yang anda dapat meramalkan jangka masa yang anda perlukan untuk melangsaik­an semua hutang tersebut. Jadi, yang manakah kaedah terbaik untuk saya? Ketiga-tiga kaedah di atas mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Anda perlu melihat kaedah yang paling sesuai dengan situasi dan komitmen kewangan anda. Kaedah ‘debt stacking’ mungkin adalah kaedah yang paling berkesan, kerana anda melangsaik­an hutang yang mengenakan kadar faedah yang tertinggi terdahulu. Dengan masa, bebanan faedah anda semakin berkuranga­n dan anda dapat mengelakka­n diri daripada membayar faedah pinjaman yang tinggi. Namun, setiap individu mempunyai komitmen kewangan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu tepuk dada, tanya selera untuk mengetahui kaedah pembayaran hutang yang mana paling berkesan untuk anda. Untuk maklumat lanjut layari: https:// www.imoney.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia