Berita Harian

Budak maut jatuh dalam lubang kumbahan

Anggota bomba pam air takungan keluarkan mangsa

- Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Ipoh: Suasana pilu menyelubun­gi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, apabila tiga beradik meraung sejurus melihat mayat adik bongsu mereka yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis di kuarters Balai Polis Pasir Puteh di sini, semalam.

Muhamad Asyraf Ahmad Hafiz, 6, bersama abangnya, Muhamad Syakir Zufairi, 7, dan Mohamad Syafiq, 10; menangis sebaik saja melihat mayat Muhamad Anas Hadif, 3.

Keadaan menjadi semakin sebak sebaik Mohamad Syafiq merapatkan badan ke dinding dan menangis sebelum ditenangka­n ahli keluarga, manakala dua adiknya, masing-masing menutup muka.

Muhamad Anas Hadif terjatuh ke dalam lubang itu ketika bermain bersama dua abangnya kira-kira jam 8 pagi semalam. Mayatnya ditemui selepas anggota bomba mengepam air dalam lubang kumbahan itu.

Empat beradik itu bermain di kawasan lubang kumbahan itu yang terletak di belakang balai petang kelmarin, sebelum tiga daripada mereka sekali lagi bermain di situ, semalam.

Bapa mangsa, Lans Koperal Ahmad Hafiz Mustafa, 32, berkata beliau bersama isteri, Sofiah Mohd Teridi, 32, berada dalam rumah ketika tiga anaknya bermain di kawasan hadapan kuarters itu.

Beliau kemudian dikejutkan dengan jeritan anak ketiganya, Muhamad Asyraf, yang menyebabka­nnya keluar untuk melihat apa yang berlaku sebelum mendapati anak bongsunya tiada bersama-sama dua abangnya itu.

“Saya menyangka dia dilanggar kenderaan kerana mendengar abangnya menjerit, namun terkejut apabila melihat anak bongsu saya tiada dan mencarinya di sekitar kawasan itu.

“Saya kemudian melihat ke dalam lubang kumbahan yang penutupnya sudah terbuka dan ternampak selipar anak saya terapung dalam lubang kumbahan itu,” katanya.

Beliau yang baru sebulan tinggal di kuarters itu selepas ditukarkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung ke Bahagian Kem Komandan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, berkata anak bongsunya seorang yang manja serta tidak boleh berenggang dengan beliau dan isterinya.

“Walaupun perit dan sedih dengan kejadian ini, saya reda kerana

Saya kemudian melihat ke dalam lubang kumbahan yang penutupnya sudah terbuka dan ternampak selipar anak saya terapung dalam lubang kumbahan itu.

Allah lebih menyayangi­nya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, menyifatka­n kejadian itu sebagai kemalangan.

Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 8.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh bergegas ke lokasi.

“Mayat mangsa dijumpai pada jam 9 pagi oleh anggota bomba berkenaan dengan menggunaka­n pam untuk mengeluark­an air kumbahan bagi memudahkan mangsa dikeluarka­n dari lubang itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? di Jabatan
di Jabatan
 ?? (Foto Muhaizan Yahya/bh) ?? Ahmad Hafiz dan Sofiah memangku jenazah Muhamad Anas (gambar kecil) Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, semalam.
(Foto Muhaizan Yahya/bh) Ahmad Hafiz dan Sofiah memangku jenazah Muhamad Anas (gambar kecil) Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia