Berita Harian

‘Tiada sebab untuk kerajaan kembalikan GST’

-

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak ada sebab untuk mengembali­kan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang ditolak rakyat sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, GST yang diperkenal­kan kerajaan terdahulu didapati membebanka­n orang ramai dan pembayar cukai, terutama kelewatan dalam mendapatka­n bayaran balik kredit cukai input yang menjadi kos kepada perniagaan.

Beliau berkata, perubahan sistem percukaian tidak wajar dibuat terlalu kerap kerana ia akan mengurangk­an keyakinan pelabur dan memberi imej yang kurang baik.

“Apabila GST diperkenal­kan, banyak rintihan oleh rakyat kerana mereka perlu membayar cukai dua kali, sebab itu kita perlu kembalikan SST.

“SST ini sedang berjalan dan kita hanya perlu perbaiki dan tidak ada sebab untuk kita mengembali­kan cukai yang ditolak oleh rakyat (GST),” katanya pada waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (Warisan-kalabakan) yang meminta Perdana Menteri menyatakan hala tuju kerajaan mengenai GST berikutan terdapat mereka yang menyokong cadangan ia dilaksanak­an semula dan ada juga yang menolaknya.

Mengenai tawaran Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan untuk menjadi konsultan secara percuma jika kerajaan mahu melaksanak­an semula GST, Perdana Menteri berkata: “Terima kasih kerana tawar diri nak jadi konsultan. Maka rosaklah kerajaan kalau (dia) konsultann­ya.”

Ahmad, ketika memberi pandangan mengenai GST sebelum itu, berkata kadar inflasi dan ekonomi gelap turun selepas pelaksanaa­n GST, selain menurunkan harga 223 barang.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan terdahulu mendapat nasihat daripada konsultan yang tidak bertauliah.

“Sebab itu, mereka memperkena­lkan GST,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Bn-kuala Krau) mengenai langkah kerajaan untuk menampung kekurangan kutipan cukai sebanyak RM20 bilion selepas pelaksanaa­n SST dan adakah dasar ekonomi serta penjimatan kerajaan mampu menampung jumlah itu, Dr Mahathir berkata beliau yakin kutipan SST akan melebihi GST pada masa depan.

Perdana Menteri mengakui memang terdapat kekurangan kutipan cukai di bawah SST, tetapi menjelaska­n ia bukan disebabkan kesilapan pelaksanaa­n sistem percukaian itu.

“Apabila sesuatu cukai diperkenal­kan, kutipan cukai itu selalu mengalami penguranga­n kerana pelarasan yang perlu dibuat oleh pegawai dan mereka yang membayar cukai itu.

“Bagaimanap­un, saya yakin dalam tahun-tahun akan datang, kutipan SST akan melebihi GST,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia