Berita Harian

PSP tetap dilaksana untuk penerima BSH

-

Kuala Lumpur: Kerajaan tegas melaksanak­an Program Subsidi Petrol (PSP) khusus kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) seperti dirancang kerana mendapati ada golongan berpendapa­tan rendah B40 tidak jujur dan menikmati subsidi dilaksanak­an sebelum ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata berdasarka­n satu kajian mengenai subsidi minyak yang akan disalurkan kepada golongan B40, ada antara mereka mempunyai enam kenderaan.

Justeru, katanya, subsidi bersasar perlu dilaksanak­an bagi memastikan golongan sasaran dalam B40 saja yang mendapat peruntukan subsidi berkenaan.

“Kita dapati setelah dikaji, ada orang di bawah B40 memiliki hingga enam kereta dan mereka menikmati subsidi yang kita beri daripada minyak.

“Sebab itu sekarang kita beri satu kereta sahaja kalau mereka daripada B40. Kita tak boleh bagi subsidi kepada orang kaya.

“Ini bantuan tepat. Kita lihat subsidi lama, (mereka) yang guna Rolls-royce dapat subsidi, takkan kita nak sokong,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Kira-kira 2.9 juta penerima BSH akan mendapat manfaat daripada PSP yang membabitka­n jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan.

Kelmarin, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata PSP akan dilaksanak­an pada awal 2020, membabitka­n kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal.

Bagaimanap­un, hanya penerima BSH yang memiliki kenderaan 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang berjangka hayat 10 tahun ke atas layak menerima PSP.

Berdasarka­n satu kajian mengenai subsidi minyak yang akan disalurkan kepada golongan B40, ada antara mereka mempunyai enam kenderaan. Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia