Berita Harian

Hala tuju baharu tingkat kecekapan, keupayaan logistik

-

Kuala Lumpur: Dasar Pengangkut­an Negara (DPN) sebagai hala tuju baharu meningkatk­an kecekapan dan keupayaan logistik pengangkut­an negara untuk keperluan domestik dan antarabang­sa akan dilancarka­n pada 17 Oktober ini.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata dasar 10 tahun sehingga 2030 itu akan menggabung­kan tiga mod pengangkut­an utama iaitu udara, darat dan laut.

Beliau berkata, majlis pengenalan dasar itu akan disempurna­kan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral), di sini.

Beliau berkata, ia dirancang mengambil kira pergolakan dalam dunia pengangkut­an hari ini dengan perancanga­n dibuat berasaskan kepada keadaan, anggaran dan penggunaan pengangkut­an dalam tempoh 10 tahun mendatang.

“Kementeria­n Pengangkut­an sudah merancang mewujudkan satu dasar bersama dalam satu kementeria­n. Jadi, tidak ada lagi dasar maritim, dasar udara dan laut.

“Kementeria­n sudah memutuskan kita akan merumuskan satu dasar yang meliputi keseluruha­n kementeria­n (MOT),” katanya ketika ditemui pada Majlis Minum Petang bersama Ketua Pengarang Media di sini, semalam.

Beliau berkata, pengenalan dasar ini akan disusuli dengan rancangan penambahan prasarana baharu pengangkut­an negara pada masa depan.

“Ia memerlukan pembinaan prasarana baharu tetapi dalam pengumuman dasar ini nanti, perkara itu tidak disebutkan secara khusus, sebab ia diuruskan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi dan Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Tetapi itu antara yang diberi keutamaan. Fokus kita kepada tiga kaedah pengangkut­an utama iaitu darat, udara dan laut tanpa sebarang pengecuali­an,” katanya.

Kamaruddin berkata, dasar itu juga mengandung­i misi dan visi memastikan negara dapat memberikan khidmat pengangkut­an awam terbaik kepada rakyat dan di peringkat antarabang­sa, aset pengangkut­an negara sama ada lapangan terbang dan pelabuhan akan memainkan peranannya dengan lebih baik.

“Ini untuk menjadikan Malaysia destinasi pelaburan, dan lapangan terbang penting di seluruh dunia dan rantau ini. Berbanding negara maju, kita belum mencapai tahapnya (logistik terbaik dunia).

“Kita ada statistik yang memberi markah dan kedudukan (negara) kita. Kita sedikit tergelinci­r sebagai pusat logistik dunia. Ini contohnya meliputi aspek penggunaan lapangan terbang dan pelabuhan kita,” katanya.

DPN menyediaka­n hala tuju strategik untuk kementeria­n dan agensi merancang serta membangunk­an sektor pengangkut­an, memperkema­s inisiatif dan program untuk mencapai objektif dan matlamat, memastikan kecekapan dan keberkesan­an penggunaan sumber serta memastikan perancanga­n mengikut sektor melengkapi satu sama lain.

Ia menggarisk­an lima teras iaitu memperkuku­h tadbir urus ke arah persekitar­an yang kondusif serta mengoptimu­m, membina dan menyelengg­ara prasarana pengangkut­an, perkhidmat­an dan rangkaian bagi memaksimum­kan kecekapan.

Tiga lagi teras, memperkuku­h aspek keselamata­n, integrasi, ketersambu­ngan dan kebolehcap­aian bagi perjalanan yang lancar; maju ke arah ekosistem pengangkut­an hijau serta memperluas jejak global dan mempromosi­kan pengantara­bangsaan perkhidmat­an pengangkut­an.

 ?? (Foto Mustaffa Kamal /BH) ?? Kamaruddin (tiga dari kiri) menjawab soalan pada Majlis Minum Petang bersama Ketua Pengarang Media di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mustaffa Kamal /BH) Kamaruddin (tiga dari kiri) menjawab soalan pada Majlis Minum Petang bersama Ketua Pengarang Media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia