Berita Harian

GMI tumpu aspek teknikal

Graduan miliki kebolehpas­aran tinggi, mudah lanjut pengajian ke luar negara

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Kuala Lumpur: German-malaysian Institute (GMI) menawarkan latihan selama tiga tahun dengan tumpuan kepada aspek teknikal, berbanding teori menjadikan graduan dari institusi itu mempunyai kebolehpas­aran tinggi dan mudah melanjutka­n pengajian ke luar negara.

GMI yang mengaplika­si sistem German Dual Vocational Training (GDVT) dengan tumpuan kira-kira 75 peratus latihan praktikal, berbanding 25 peratus teori.

Bahagian Komunikasi Korporat GMI berkata, sejak 1992 hingga tahun lalu, GMI melahirkan 11,421 graduan yang kini sebahagian besarnya berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Tahun ini, 557 pelajar akan menamatkan latihan dan majlis diadakan pada pertengaha­n bulan depan di GMI, Kajang, Selangor.

Program ditawarkan mencakupi seni, reka bentuk dan multimedia, teknologi komputer, teknologi kejurutera­an dan praunivers­iti swasta.

Institusi itu mengamalka­n kerangka pendidikan dengan latihan teknikal mengikut acuan negara Jerman yang menyediaka­n pelajar dengan kelebihan dalam kemahiran yang unik.

Program ditawarkan mencakupi teknologi kejurutera­an yang memberi pendedahan kepada pembanguna­n kompetensi pekerjaan dengan pembelajar­an yang berteraska­n persediaan memasuki dunia pekerjaan.

Keperluan industri bertepatan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) menjadikan graduan memenuhi kehendak industri atau pasaran pekerjaan semasa.

Program yang ditawarkan GMI ialah ‘homegrown’ atau diwujudkan berpanduka­n maklum balas dan kerjasama strategik dengan wakil industri dalam dan luar negara, khususnya dari Jerman.

Pelajar yang melanjutka­n pengajian ke GMI berpeluang menyambung pengajian ke universiti di Jerman, Australia dan United Kingdom (UK).

Institusi itu dianugerah­kan penarafan lima bintang dalam Sistem Penilaian Kualiti Malaysia untuk Kolej Swasta (MYQUEST) untuk 2012/2013 dan 2014/2015.

 ??  ?? Graduan berjaya tamatkan pengajian sejak 1992 Tumpuan kepada latihan praktikal berbanding teori GMI menyediaka­n tumpuan pembelajar­an berteraska­n persediaan memasuki dunia pekerjaan.
Graduan berjaya tamatkan pengajian sejak 1992 Tumpuan kepada latihan praktikal berbanding teori GMI menyediaka­n tumpuan pembelajar­an berteraska­n persediaan memasuki dunia pekerjaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia