Berita Harian

Bangkit selepas ikuti latihan kemahiran

Usahawan kelahiran TVET pantas ubah strategi perniagaan

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Kuala Lumpur: “Keluarga saya pernah jatuh dalam perniagaan. Alhamdulil­lah kami bangkit semula dengan semangat waja untuk meneruskan perniagaan,” kata Pengarah Urusan AQB Resources, Ahmad Nur Al Aqib Ahmad Zamanhuri.

Anak muda berusia 27 tahun yang menjalanka­n perniagaan dalam bidang percetakan di Shah Alam ialah Ikon TVET 2017 sempena pelancaran pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) Malaysia pada September 2017.

Katanya, semangat untuk bangkit diterapkan sejak beliau mengikuti latihan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, Negeri Sembilan dalam program Diploma Reka Bentuk Media Digital.

Beliau yang memulakan perniagaan pada 2012 berkata, setiap usahawan perlu mengelak panik apabila berhadapan kejatuhan, sebaliknya perlu pantas mengubah strategi perniagaan.

“Usahawan kelahiran TVET juga berdaya maju dan cepat bangkit selepas jatuh. Untuk menjadi usahawan berjaya, kita mesti tampil dengan keunikan sendiri dan luar biasa, kenal pasti konsep serta kehendak pelanggan dan kaji kehendak semasa yang disukai mereka.

Diploma Reka Bentuk Media Digital menawarkan pembelajar­an di sekitar studio dan makmal latihan.

Pengajaran program itu merangkumi media digital, perniagaan, media baharu dan aliran praktikal profesiona­l dalam penyelesai­an masalah sama ada dalam sesi pembelajar­an, mahupun melalui kerja bersangkut­an projek dengan syarikat luar.

Ahmad Nur Al Aqib berkata, beliau mula serius dalam perniagaan ketika di semester lima, apabila perniagaan kafe internet milik keluargany­a berdepan kesukaran dan sebagai anak sulung, dirinya perlu proaktif bagi

 ?? (Foto Owee Ah Chun/bh) ?? Ahmad Nur Al Aqib menunjukka­n baju T yang dihasilkan.
(Foto Owee Ah Chun/bh) Ahmad Nur Al Aqib menunjukka­n baju T yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia