Berita Harian

43,930 graduan TVET sejak 2016

-

Kuala Lumpur: Seramai 43,930 graduan dengan kemahiran dilahirkan sejak Transforma­si Pendidikan Vokasional (TPV) dilaksanak­an pada 2012 untuk memartabat­kan pendidikan vokasional sebagai aliran perdana.

Selain Kolej Vokasional (KV), institusi lain yang menawarkan program kemahiran ialah institut latihan kemahiran swasta (ILKS) dan institut latihan perindustr­ian (ILP).

Pada 2016 seramai 2,273 graduan dari 15 KV mencipta sejarah menjadi kumpulan pertama menamatkan pengajian dalam bidang kemahiran dan teknikal di peringkat Diploma Pendidikan Malaysia.

Ini diikuti seramai 12,997 graduan pada 2017 dan tahun lalu mencakupi 14,273 graduan meliputi 98 institusi, termasuk ILP dan ILKS.

Tahun ini pula seramai 14,387 graduan daripada 101 institusi pendidikan termasuk KV, ILKS dan ILP menerima Diploma Vokasional Malaysia.

Majlis Konvokesye­n KV Malaysia kali keempat berlangsun­g di tiga zon iaitu Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g bulan ini.

Sempena konvokesye­n itu Anugerah Emas Menteri Pendidikan dianugerah­kan kepada graduan Program Pemprosesa­n Makanan dari KV (Pertanian) Teluk Intan, Muhasabah Mohad Shukri yang menerima sijil, jam tangan, plak dan wang tunai RM5,000.

Bahagian Pendidikan Latihan, Teknik Dan Vokasional, Kementeria­n Pendidikan melakukan perancanga­n dan pelaksanaa­n teliti dalam Transforma­si Pendidikan Vokasional bagi memastikan KV melahirkan graduan berkualiti.

Kualiti berkenaan mencakupi kebolehpas­aran, kebolehker­jaan dan kebolehgaj­ian yang tinggi bagi melahirkan graduan peringkat diploma serta berakhlak dan bersahsiah tinggi.

 ??  ?? Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Dr Mohamed Ridza Wahidin menyampaik­an Anugerah Emas Menteri Pendidikan kepada Muhasabah di kampus USIM, Nilai Negeri Sembilan.
Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Dr Mohamed Ridza Wahidin menyampaik­an Anugerah Emas Menteri Pendidikan kepada Muhasabah di kampus USIM, Nilai Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia