Berita Harian

Tak pernah lihat ahli perniagaan tandatanga­n dokumen

-

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahka­n bahawa beliau tidak pernah melihat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low menandatan­gani dokumen membabitka­n urusan 1MDB.

Shahrol Azral, 49, yang memberikan keterangan pada perbicaraa­n kes rasuah dan pengubahan wang haram dana 1MDB dihadapi Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau juga tidak mengenali tandatanga­n Jho Low sepanjang bekerja dengan ahli perniagaan itu.

Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata demikian ketika dirujuk oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee dengan dokumen bertajuk ‘Establishm­ent of the beneficial owners identity” yang tertera nama Good Star dan Jho Low.

Saksi yang diminta Muhammad Shafee untuk mengenal pasti tandatanga­n tertera pada dokumen itu, berkata beliau tidak tahu pemilik tandatanga­n berkenaan.

Muhammad Shafee: Selama ini, sepanjang mengenali Jho Low anda tidak boleh mengenal pasti tandatanga­nnya? Shahrol Azral: Tidak.

Muhammad Shafee: Kenapa? Shahrol Azral: Kerana saya tidak pernah melihat dokumen yang ditandatan­gani oleh beliau.

Muhammad Shafee: Bukankah itu satu petanda buruk? Shahrol Azral: Ia tidak membimbang­kan saya.

Muhammad Shafee: Kenapa? Shahrol Azral: Kerana beliau tidak terbabit dalam sebarang urusan rasmi dengan 1MDB.

Sementara itu, Shahrol Azral, berkata beliau tidak pernah mengetahui bahawa terdapat dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Jho Low menjadi pelanggan sekunder terhadap bon 1MDB pada 2009.

Saksi itu berkata, dua syarikat itu adalah Aktis Singapore Pvt Ltd yang mana Jho Low adalah benefisiar­i manakala bapanya, Larry Low didakwa memiliki Country Group.

Ketika disoal oleh Muhammad Shafee sama ada beliau bersetuju bon itu boleh dijual pada harga diskaun, Shahrol Azral menjawab; “Ya.”

Muhammad Shafee: Bon ini dijual dengan harga diskaun? Berapa?

Shahrol Azral: Saya tidak pasti.

Muhammad Shafee: Ia dijual kepada dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Jho Low pada harga diskaun...sebelum ia dijual sekali lagi kepada entiti kerajaan Malaysia pada harga penuh. Shahrol Azral: Saya tidak pasti.

Muhammad Shafee: Tanpa pengetahua­n TIA, beliau membuat keuntungan melalui TIA?

Shahrol Azral: Sebenarnya tanpa pengetahua­n Ambank.

Muhammad Shafee: Bukan Ambank. Ambank mengetahui­nya. Ia tanpa pengetahua­n TIA.

Shahrol Azral: Oh ya.

Muhammad Shafee: Ambank berkonspir­asi dengan Jho Low tanpa pengetahua­n TIA. Shahrol Azral: Betul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia