Berita Harian

Nazir sedia beri kerjasama notis kompaun SPRM

Dana RM25.7J dipindahka­n ke akaun peribadi bagi tampung kempen PRU-13

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak, bersedia menyalurka­n kerjasama berhubung notis kompaun Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan isu penyalahgu­naan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) bernilai RM25.7 juta.

Beliau menjelaska­n, penyaluran ‘dana misteri’ ke akaun peribadiny­a pada 2013, pada mulanya dikatakan diperoleh daripada sumbangan politik yang sahih dan bertujuan bagi menampung perbelanja­an kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“(Bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) memindahka­n dana bernilai RM25.7 juta ke akaun saya pada 2013, sebelum ia diagihkan sepenuhnya kepada wakil Najib, dan saya difahamkan peruntukan berkenaan adalah untuk tujuan kempen pilihan raya.

“Tidak ada sesen pun daripada dana terbabit disalurkan atau digunakan saya. Pada ketika itu, saya menaruh kepercayaa­n kepada permintaan abang bagi membantuny­a dalam proses berkempen.

“Turut dimaklumka­n ketika itu bahawa peruntukan terbabit ialah daripada sumber pendanaan politik yang sahih, justeru, saya tidak mempunyai sebab untuk rasa curiga dengan memikirkan perkara sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Latheefa Koya, kelmarin, mendedahka­n Mohamed Nazir adalah antara 80 individu dan entiti yang akan menerima notis kompaun kerana dipercayai menerima dana daripada 1MDB.

Notis kompaun terhadap semua pihak terbabit dikeluarka­n mengikut Seksyen 92 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Apabila kaitan langsung antara dana 1MDB dan Najib dilaporkan media pada April 2016, Mohamed Nazir menjelaska­n, beliau nekad bercuti dan berundur daripada menyandang jawatan di CIMB untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada pihak bank mengendali­kan proses penelitian semula kes terbabit.

“Mereka (CIMB) berbuat demikian dengan dibantu firma perakaunan dan perundanga­n. Saya kemudian ‘dibersihka­n’ daripada sebarang salah laku dan diundang kembali dalam jawatan di lembaga.

“Saya menghormat­i sepenuhnya usaha SPRM mendapatka­n semula dana 1MDB, justeru, saya beri kerjasama sebaik mungkin bagi membantu mereka,” katanya.

Tidak ada sesen pun daripada dana itu disalurkan atau digunakan saya. Pada ketika itu, saya menaruh kepercayaa­n kepada permintaan abang bagi membantuny­a dalam proses berkempen.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia