Berita Harian

UITM lahir graduan dinamik, progresif

-

Setiap tahun, Universiti Teknologi MARA (UITM) masih unggul menjadi satu-satunya institusi pengajian tinggi yang berjaya melahirkan lebih 40,000 graduan dalam pelbagai bidang ilmu. Pencapaian ini adalah satu jumlah besar yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana universiti awam tempatan yang lain.

Kini, UITM sudah melahirkan seramai 815,353 graduan yang memenuhi pasaran dan profesion pekerjaan di pelbagai sektor kerajaan mahupun swasta di dalam dan luar negara. Tambahan lagi dengan berlangsun­gnya penganuger­ahan kepada 24,914 graduan dalam Istiadat Konvokesye­n UITM ke-91 pada 5 Oktober sehingga 7 November lalu di 13 kampus seluruh negara ini, UITM akan menambah lagi jumlah alumninya.

Ini membuktika­n bahawa penubuhan dan kemajuan UITM adalah antara kejayaan terbesar negara dalam membantu Bumiputera untuk berdikari dan menjadi bangsa yang dinamik, progresif dan responsif.

Pada 16 Oktober nanti, genaplah 63 tahun UITM berdiri megah sebagai institusi pendidikan tinggi tempatan, dan mencapai usia ke-20 tahun dinaik taraf sebagai sebuah universiti yang diisytihar­kan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Keempat) pada 1999.

Sejak awal penubuhann­ya yang hanya mempunyai 50 graduan pada 1964 di bawah Dewan Latehan RIDA, UITM melalui perkembang­an yang amat pesat dalam sektor pendidikan tinggi. Kini, UITM mempunyai seramai lebih 160,000 pelajar, hampir 18,000 staf, 515 program akademik dan 35 kampus di seluruh negara.

UITM bukan sahaja berjaya menghasilk­an graduan berketeram­pilan, versatile dan hands-on, tetapi juga mewarnai lanskap industri profesiona­l negara dengan memahat nama besar dan menjadi ikon dalam pelbagai bidang menerusi jawatan serta sumbangan mereka kepada negara. Antaranya, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Saleh Sulong, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Datuk Aishah Shaikh Ahmad, Datuk Seri Musa Aman, Datuk Kamarudin Meranun dan ramai lagi.

Kualiti graduan UITM yang dihasilkan sangat berkait rapat dengan kualiti kurikulum dan program akademikny­a. Kebanyakan program ijazah yang ditawarkan di UITM mendapat pengiktira­fan oleh badan profesiona­l dari dalam dan luar negara.

Ini termasukla­h pengiktira­fan antarabang­sa bagi program seperti seni bina, kejurutera­an mekanikal dan elektrik serta perakaunan. Begitu juga dengan pengiktira­fan kementeria­n, khususnya dalam program undang-undang, kejurutera­an, komunikasi, seni dan reka bentuk serta perhotelan sebagai program niche area.

Untuk memastikan ia terus kekal relevan dan melahirkan graduan dinamik, progresif dan responsif kepada agama, bangsa dan negara, inisiatif UITM yang seterusnya akan berteraska­n kepada i) Pendidikan Perdana, ii) Penyelidik­an, iii) Keusahawan­an dan iv) Rujukan Industri.

Melalui Pendidikan Perdana, UITM mengamalka­n pendidikan utama yang memberi penekanan kepada bidang ilmu, profesion dan kemahiran individu untuk mempelajar­i, memahami, menguasai dan mengamalka­nnya dengan kebijaksan­aan.

Seterusnya, ia dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada pembanguna­n masyarakat dan negara. Pendidikan perdana yang menyaksika­n bidang penting menjadi tumpuan dunia pada masa kini seperti analisa data, informasi maklumat, teknologi kejurutera­an dan dunia siber diperkenal­kan di UITM. Pada masa sama, bidang sedia ada terus diperkasak­an dari semasa ke semasa.

Sebagai sebuah universiti yang komprehens­if, UITM tidak ketinggala­n untuk memastikan keterlibat­an secara menyeluruh dalam penyelidik­an terutamany­a dalam bidang yang memberi impak besar kepada masyarakat dan negara.

UITM kini giat menggalakk­an warga akademikny­a melakukan penyelidik­an yang dapat menyelesai­kan masalah harian komuniti di Malaysia. Ia sebagai pengukur kepada keilmuan warga akademik dalam membantu menterjema­h pengetahua­n dan kepakaran mereka demi kepentinga­n negara atau dikomersia­lkan.

UITM mendapat penarafan 5 bintang SETARA iaitu pengiktira­fan kecemerlan­gan universiti dan 5 bintang MYRA iaitu pengiktira­fan pencapaian aktiviti penyelidik­an, yang meletakkan UITM pada kedudukan ke-7 universiti awam terbaik di Malaysia.

Selain itu, menerusi inisiatif jitu dan kerjasama secara menyeluruh semua pihak, UITM terus memperkasa reputasi universiti dalam keusahawan­an. Majoriti graduan UITM bukan hanya tertumpu kepada sektor kerajaan sahaja, malah lebih kepada sektor swasta dan menjadi usahawan berjaya.

Lebih membanggak­an apabila UITM dinobat sebagai The Entreprene­urial University of the Year menerusi Malaysia Entreprene­urial University Award (MOHE Entreprene­urial Award) bagi ketiga-tiga tahun penganjura­n anugerah itu pada 2012, 2013 dan 2015.

Rujukan Industri pula amat penting kepada UITM kerana ia mencermink­an bahawa graduan atau produk UITM sentiasa menjadi rujukan industri yang dicari dan diyakini. Ini sekali gus, menunjukka­n bahawa program akademik UITM mendapat kepercayaa­n dan pengiktira­fan industri.

Sebut sahaja industri media, perundanga­n, perhotelan, kejurutera­an dan perakaunan, ramai pengamal mereka adalah terdiri daripada alumni UITM.

Kemuncak kepada semua teras tadi adalah melahirkan graduan yang dinamik dan progresif, iaitu yang sentiasa bermotivas­i, berubah dan bergerak memajukan diri untuk mencapai kejayaan yang seterusnya menyumbang kembali kepada agama, bangsa dan negara.

Lebih penting lagi, UITM komited dan bertanggun­gjawab untuk menjadikan graduan mempunyai jiwa, jati diri mulia yang disulami dengan nilai murni serta responsif terhadap semua tugasan dan tanggungja­wab yang diamanahka­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia