Berita Harian

Perluas manfaat subsidi bersasar

-

Apabila Program Subsidi Petrol (PSP) dibentangk­an, ada yang melihat nilai RM30 dan RM12 sebulan yang diagih kepada penerima terlalu kecil. Tidak kurang juga mahukan senarai penerima diperluas kepada golongan M40. Apa yang pasti, kira-kira 2.9 juta rakyat menerima manfaat melalui agihan subsidi bersasar itu.

Melihat komen dan respon itu, kita akui ada juga benarnya. Beban kenaikan harga minyak yang menjadi asas pengenalan subsidi dirasai semua rakyat, bukan sekadar B40. Contohnya kumpulan M40 di bandar besar yang saban hari terbeban dengan kos sara hidup tinggi. Mungkin kerajaan boleh pertimbang inisiatif sama dengan kadar lebih rendah untuk kumpulan ini yang dikategori­kan sebagai miskin bandar.

Kita akui PSP diperkenal kerajaan tepat untuk memastikan pengagihan subsidi benar-benar sampai kepada golongan sasar. Namun mungkin mekanisme boleh sedikit diperkemas, contohnya dalam soal pangkalan data berhubung senarai penerima yang harus disilang semak dari semasa ke semasa.

Satu lagi dalam soal apungan harga petrol RON95. Harapnya selepas ini pelaksanaa­nnya akan lebih telus. Maksudnya jika harga minyak jatuh kelak, kerajaan perlulah telus menurunkan harga tanpa berdolak-dalih.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia