Berita Harian

Hapus stigma TVET lekeh

-

Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) semakin penting sebagai asas utama membentuk masyarakat berkemahir­an tinggi, sekali gus membantu mengukuhka­n potensi negara ke arah pertumbuha­n masa depan. Lantas penumpuan kerajaan terhadap bidang TVET khususnya melalui penyaluran dana lebih besar dalam Belanjawan 2020 amatlah tepat.

Sudah tiba masanya stigma pemikiran umum mengenai bidang TVET diubah. TVET tidak boleh lagi dilihat hanya sebagai bidang kelas kedua atau ketiga, sebaliknya perlu diletakkan pada satu tahap tinggi mengambil kira keperluan dan tuntutan semasa industri yang semakin berkembang ke arah automasi dan mekanisasi, selaras era Revolusi Perindustr­ian Keempat (IR 4.0).

Dalam hal ini, minda pelajar dan ibu bapa yang memandang lekeh TVET harus diubah. Mereka harus diyakinkan bahawa program TVET semakin mendapat tempat dalam pasaran kerja, malah menjamin pendapatan tinggi. Jika ini berjaya, barulah kadar penyertaan dapat dipertingk­at.

Kita percaya negara harus bermula daripada sekarang agar tidak ketinggala­n. Penumpuan terhadap penyediaan tenaga kerja dalam sektor TVET harus digerakkan secara serius. Selain perlunya ada dasar khusus untuk TVET, kerajaan harus kenal pasti bidang berpotensi berpanduka­n permintaan semasa dan akan datang, agar tenaga kerja dihasilkan menepati keperluan industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia