Berita Harian

Permintaan jalur lebar meningkat 18 hingga 20 peratus

-

Kuala Lumpur: Permintaan untuk perkhidmat­an jalur lebar tetap kediaman dan perniagaan meningkat 18 peratus hingga 22 peratus bagi tempoh Ogos tahun lalu hingga Ogos tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, ia dicapai hasil pelaksanaa­n Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP).

Katanya, dengan pelaksanaa­n mekanisme itu juga, bilangan langganan jalur lebar tetap dengan kelajuan muat turun lebih daripada 100 Mbps meningkat lapan kali ganda kepada 1.2 juta pelanggan pada 2018.

“Hasil daripada usaha yang sama, pengguna juga menikmati perkhidmat­an jalur lebar dengan kelajuan lebih tinggi sebanyak tiga kali ganda,” katanya ketika sesi soal jawab lisan pada sidang Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (Ph-kota Melaka) yang mahu kementeria­n menyatakan kejayaan utama Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP) sejak dilancarka­n tahun lalu dan projek utama dalam jangka masa pendek akan datang, khasnya untuk 2020.

1.2 juta pelanggan jalur lebar pada 2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia