Berita Harian

Malaysia tidak terima bantahan rasmi India

PM pertahan pendirian isu konflik Kashmir, Jammu

- Laporan Mohd Anwar Patho Rahman, Zanariah Abd Mutalib dan Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bhcom.my

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia tidak menerima bantahan rasmi daripada kerajaan India berhubung pendiriann­ya dalam konflik Kashmir dan Jammu.

Perdana Menteri berkata, rakan sejawatnya, Narendra Modi juga tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung isu berkenaan.

“Saya tak dapat apa-apa. Saya dah bercakap dengan Modi, kalau ada perasaan tak senang dia boleh berhubung dengan saya. Setakat ini tiada apa-apa,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Dr Mahathir ketika berucap pada Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-74 dari 24 hingga 28 September lalu menyeru India bekerjasam­a dengan Pakistan bagi menyelesai­kan isu konflik dua wilayah berkenaan.

Perdana Menteri meminta supaya konflik Jammu dan Kashmir diselesaik­an secara rundingan dan bukan menerusi kekerasan.

Malah, Perdana Menteri berkata, perkara itu turut dibangkitk­an beliau dalam pertemuann­ya dengan Modi ketika menghadiri UNGA.

Bagaimanap­un, pendirian beliau itu dikatakan menimbulka­n kemarahan rakyat India kerana mereka percaya Kashmir mempunyai kepentinga­n dengan India dan negara lain tiada hak untuk campur tangan urusan kedaulatan negara mereka.

Susulan itu, lahir gerakan yang dipercayai dipelopori rakyat India menyuaraka­n rasa kecewa mereka menerusi kempen di internet #Boycottmal­aysia.

Dr Mahathir bagaimanap­un tetap mempertaha­nkan pendiriann­ya itu kerana ia adalah dasar Malaysia yang menyokong proses rundingan bila berdepan sesuatu konflik.

“Kita mesti tahu bagaimana menangani masalah ini. Kalau kita membuat teguran dan teguran kita tak memihak kepada sesiapa, cuma menuntut kedua-dua pihak berunding dan jangan menggunaka­n kekerasan.

“Itu memang dasar kita, tidak guna kekerasan, sebaliknya runding atau bilateral atau sistem perundanga­n. Ini yang saya bangkitkan kepada Modi semasa jumpa dengannya,” katanya.

Sementara itu, pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata tindakan boikot dilakukan segelintir rakyat India susulan pendirian tegas negara berhubung isu Jammu dan Kashmir tidak menjejaska­n imej dan hubungan dua hala Malaysia-india.

“Kita sudah menganalis­a dan sebenarnya boikot itu tidak menjejaska­n imej Malaysia di persada antarabang­sa atau menjejaska­n hubungan antara Malaysia dan India,” katanya menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-PKR Lembah Pantai) yang mahu kerajaan menyatakan pendirian terhadap kempen boikot Malaysia oleh rakyat India di laman sosial.

Menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi mengenai bagaimana kerajaan boleh mengimbang­i kelantanga­n negara dalam hak asasi tanpa menjejaska­n hubungan perdaganga­n antarabang­sa, Saifuddin berkata, Malaysia akan terus mengamalka­n dasar berkecuali.

Beliau bagaimanap­un berkata, Malaysia akan terus memainkan peranan proaktif dan menyuaraka­n pendirian terhadap isu penindasan tanpa mengira agama atau warna kulit.

“Dasar luar Malaysia adalah berkecuali, ingin berkawan dan berdagang dengan semua negara kecuali Israel tetapi dalam hal-hal tertentu kita harus membuat keputusan.

“Seperti isu pembunuhan beramai-ramai di Kemboja suatu ketika dahulu, isu Rohingya dan sama juga isu Jammu dan Kashmir, kita lantang bersuara dan memainkan peranan aktif,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-marang) pada sesi soal jawab berhubung tindakan Malaysia dalam menyelesai­kan konflik di Kashmir, Saifuddin berkata, pelbagai usaha sudah dan sedang dilaksanak­an.

“Bukan sahaja Malaysia lantang bersuara supaya konflik itu dihentikan, malah Perdana Menteri Pakistan pernah menghubung­i Dr Mahathir meminta pandangan.

“Dalam satu majlis antarabang­sa di Russia, baru-baru ini, Dr Mahathir ada bertemu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi dan memberi pandangan Malaysia berhubung isu terbabit,” katanya.

Kita mesti tahu bagaimana menangani masalah ini. Kalau kita membuat teguran dan teguran kita tak memihak kepada sesiapa, cuma menuntut kedua-dua pihak berunding dan jangan menggunaka­n kekerasan. Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia