Berita Harian

5 kriteria khas perolehan tender rundingan terus

-

Kuala Lumpur: Kaedah perolehan tender kerajaan secara rundingan terus hanya akan dipertimba­ngkan selepas kriteria khusus yang ditetapkan dipenuhi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata lima kriteria khusus itu yang turut diamalkan di peringkat antarabang­sa adalah bagi perolehan bekalan perkhidmat­an yang membabitka­n keperluan mendesak, yang mana jika tidak dilaksanak­an segera boleh menjejaska­n perkhidmat­an dan kepentinga­n negara.

“Selain itu, keperluan penyeragam­an bagi memastikan kesesuaian penggunaan antara barangan sedia ada dengan barangan baharu yang diperoleh, satu punca bekalan atau perkhidmat­an iaitu pengeluara­n produk atau penyediaan perkhidmat­an yang hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja.

“Keselamata­n atau strategik yang membabitka­n perolehan barangan atau perkhidmat­an demi keselamata­n atau kepentinga­n strategik negara dan kontrak dengan syarikat pembuat atau pengilang Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan.

“Semua permohonan perolehan secara rundingan terus ini perlu dikemukaka­n oleh kementeria­n dan jabatan kepada Kementeria­n Kewangan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Noor Amin Ahmad (Ph-kangar) yang bertanya bagaimana kerajaan menentukan sama ada wujud keperluan untuk perolehan kerajaan dibuat secara runding terus.

Amiruddin berkata, proses pengurusan perolehan kerajaan dilaksanak­an berdasarka­n lima prinsip utama iaitu akauntabil­iti awam, diuruskan secara telus, memberi nilai faedah terbaik, mewujudkan saingan terbuka serta adil dan saksama.

“Peraturan perolehan yang dikuatkuas­akan menetapkan mana-mana perolehan kerajaan yang bernilai lebih RM500,000 perlu dilaksanak­an secara tender terbuka.

“Peraturan ini diperkemas­kan lagi melalui surat arahan oleh Kementeria­n Kewangan bertarikh 29 Jun 2018 yang memansuhka­n kaedah perolehan secara tender terhad dan digantikan dengan kaedah tender terbuka prakelayak­an,” katanya.

Amiruddin berkata, kerajaan masih mengekalka­n dasar keutamaan kepada syarikat Bumiputera seperti mana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaha­raan yang berkuat kuasa.

“Keutamaan ini diberikan kepada syarikat, pembuat, pengimport dan kontraktor Bumiputera, antaranya seperti agensi kerajaan hendaklah memperuntu­kkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada nilai kerja tahunan dan pemberian keutamaan harga antara 2.5 dan 10 peratus bagi perolehan bekalan serta perkhidmat­an yang dilaksanak­an secara tender terbuka,” katanya.

Semua permohonan perolehan secara rundingan terus ini perlu dikemukaka­n oleh kementeria­n dan jabatan kepada Kementeria­n Kewangan. Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia