Berita Harian

Kerajaan sedia pinjaman galak industri perladanga­n buluh tempatan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan akan menyediaka­n pinjaman mudah untuk menggalakk­an industri perladanga­n buluh tempatan dalam usaha mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap eksport komoditi utama seperti sawit dan getah.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata pinjaman mudah itu sebanyak RM10,000 setiap hektar dengan bayaran balik dalam tempoh tujuh tahun.

Beliau berkata, pada masa ini, kerajaan ada menyediaka­n khidmat pinjaman mudah di bawah Program Pembanguna­n Ladang Hutan tetapi ia hanya untuk tanaman getah.

“Penanaman buluh amat mudah berbanding komoditi lain yang memerlukan pembajaan dan penjagaan rapi. Ia boleh tumbuh di banyak kawasan dan akan matang dalam tempoh tiga tahun.

“(Dengan pinjaman mudah ini), kami mahu menggalakk­an lebih ramai menanam buluh untuk industri hiliran. Saya berharap lebih banyak sektor swasta terbabit dan bekerjasam­a dengan kerajaan,” katanya selepas melawat pameran produk buluh di bangunan utama Parlimen, semalam.

Kok berkata, sudah tiba masanya Malaysia meneroka sumber pendapatan komoditi tambahan selain membantu menjana hasil tambahan untuk pekebun kecil di negara ini.

Beliau berkata, selain memenuhi keperluan domestik, negara juga boleh merebut peluang perdaganga­n buluh pada peringkat antarabang­sa yang semakin meningkat terutama di Jepun.

Katanya, sumbangan industri buluh juga masih kurang, yang mana nilai eksport produk buluh pada 2018 sebanyak RM9.9 juta berbanding saiz pasaran buluh global yang dianggarka­n AS$68.8 bilion setahun. BERNAMA

(Dengan pinjaman mudah ini), kami mahu menggalakk­an lebih ramai menanam buluh untuk industri hiliran. Saya harap lebih banyak sektor swasta terbabit dan bekerjasam­a dengan kerajaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia