Berita Harian

Penduduk mahu pembanguna­n kampung di Kukup

-

Pontian: Orang Melayu yang majoritiny­a tinggal di Kukup, Tanjung Piai, mengharapk­an pelan perancanga­n pembanguna­n infrastruk­tur menyeluruh dapat dilaksanak­an terutama di semua kampung kawasan itu.

Kukup, satu daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Tanjung Piai, mempunyai lebih 10 perkampung­an Melayu yang juga menyumbang majoriti pengundi Melayu dalam Parlimen itu.

Antara perkampung­an Melayu dalam kawasan Kukup ialah Kampung Sungai Durian, Kampung Permas Kechil, Kampung Permas Besar, Kampung Sungai Kuali, Kampung Serkat Barat, Kampung Air Masin, Kampung Jakon dan Kampung Sungai Buntu.

Penduduk, Md Jani Atan, 44, berkata pembanguna­n infrastruk­tur terutama di perkampung­an Melayu dalam kawasan Kukup dilihat ketinggala­n ketika pentadbira­n kerajaan terdahulu.

“Saya berharap kerajaan hari ini dan wakil rakyat baharu meneruskan usaha Arwah (Allahyarha­m Datuk Dr Md Farid Md Rafik) yang sebelum ini membuat beberapa perancanga­n pembanguna­n infrastruk­tur kampung Melayu di sini.

“Kampung Melayu dalam kawasan ini masih banyak yang kekurangan terutama dari segi kemudahan infrastruk­tur. Diharapkan ada sesuatu pembaharua­n selepas ini,” katanya.

Muhamad Shaid Abu Bakar, 52, yang mengusahak­an kedai makan berhampira­n Terminal Feri Antarabang­sa Kukup, berkata pembanguna­n infrastruk­tur kampung Melayu perlu menjadi keutamaan wakil rakyat yang bakal dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

“Sebelum ini, Arwah (Dr Md Farid) membangunk­an semula dan membaik pulih Perhentian Bas Kukup yang rosak dan diharapkan usaha ini diteruskan bagi memastikan ia dapat terus digunakan penduduk.

“Penyediaan infrastruk­tur dan kemudahan nelayan di sini diharap diteruskan termasuk pemberian bantuan selain pembanguna­n insan seperti kursus ekonomi nelayan dan sebagainya,” katanya.

 ?? (Foto Zain Ahmed/bh) ?? Pekan Kukup perlukan pelan perancanga­n pembanguna­n infrastruk­tur menyeluruh.
(Foto Zain Ahmed/bh) Pekan Kukup perlukan pelan perancanga­n pembanguna­n infrastruk­tur menyeluruh.
 ??  ?? Md Jani Atan
Md Jani Atan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia