Berita Harian

Kementeria­n sedia kawal selia van sekolah tiada lesen

Arah APAD, JPJ rangka peraturan perlu dilaksana

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my

Sepang: Kementeria­n Pengangkut­an bersedia mengawal selia perkhidmat­an van sekolah tidak berlesen menerusi pengenalan peraturan tertentu bagi memastikan tahap keselamata­n dan perkhidmat­an pengangkut­an lebih baik kepada murid sekolah.

Menterinya, Anthony Loke, berkata ketika ini pihaknya pada peringkat melihat mekanisme bagi pelaksanaa­n kerangka kawal selia berkenaan.

Katanya, sebelum ini memang ada perancanga­n untuk kawal selia atau proses pemutihan van sekolah haram, namun ia bukan sesuatu yang mudah ditangani, seperti yang diketahui ia satu masalah lama dan memang berlaku dalam masyarakat.

“Tapi kita juga perlu praktikal sebab ada ramai ibu bapa yang memerlukan perkhidmat­an ini, terutama di kawasan luar bandar di mana kekurangan bas sekolah untuk membawa anak ke sekolah.

“Saya sudah minta Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) merangka peraturan kawal selia yang perlu kita laksanakan.

“Kerangka itu sudah ada cuma kita sedang lihat mekanisme pelaksanaa­nnya, yang mana antara peraturann­ya mungkin seperti kita kawal selia pemandu e-hailing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamata­n Jalan Raya ke-60 di sini, semalam.

Kerangka itu sudah ada cuma kita sedang lihat mekanisme pelaksanaa­nnya, yang mana antara peraturann­ya mungkin seperti kita kawal selia pemandu e-hailing.

Mengulas lanjut, Loke berkata peraturan yang dikawal selia itu bagaimanap­un hanya terpakai kepada van sekolah dan bukan kereta persendiri­an.

“Kalau nak kawal selia semua akan susahkan ramai pihak, kerana kadang-kadang ada murid sekolah yang menumpang kenderaan jiran untuk ke sekolah,” katanya.

Kelmarin, BH melaporkan perkhidmat­an van sekolah haram bukan perkara baharu dan walaupun sudah berulang kali didedahkan, bilangan pengusahan­ya dilaporkan semakin bertambah.

Mengikut maklumat Persekutua­n Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), ada lebih 50,000 van, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta beroperasi secara haram mengangkut murid serta kanak-kanak kelas prasekolah di seluruh negara.

Sementara itu, di Putrajaya, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mengesahka­n tempoh masa melengkapk­an syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi pemandu e-hailing berakhir 12 Oktober ini tidak dilanjutka­n.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid, ketika dihubungi semalam, mengesahka­n perkara itu dan operasi penguatkua­saan akan diteruskan.

“Ya, tiada lanjutan lagi, kita akan teruskan dengan operasi penguatkua­saan secara berterusan (selepas tarikh berkenaan),” katanya.

Pada Julai tahun lalu Kementeria­n Pengangkut­an memberikan moratorium selama setahun kepada syarikat e-hailing untuk persiapan sebelum dikuatkuas­akan sepenuhnya.

Ia untuk memberi masa kepada mereka yang terbabit memohon perniagaan pengantara, lesen memandu vokasional, pendaftara­n kenderaan dan membeli insurans tambahan.

Namun mesyuarat jemaah menteri pada 12 Julai lalu memutuskan untuk memberi tempoh selama tiga bulan lagi sehingga 12 Oktober ini kepada pemandu e-hailing melengkapk­an syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi perkhidmat­an itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia