Berita Harian

Global Art diiktiraf francais terbaik 2019

Syarikat miliki cawangan di 19 negara rangkul tiga anugerah

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Global Art & Creative Sdn Bhd (Global Art) berjaya merangkul tiga anugerah dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Francais Terbaik pada Anugerah Francais Malaysia 2019 (AFM2019), anjuran Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Anugerah lain diterima ialah Francaisor Terbaik, Francaisor Antarabang­sa Terbaik (Asia Pasifik) dan Inovasi Francais Terbaik.

Pengasas Global Art, Mahair Goh, berkata beliau sendiri tidak menjangkak­an kemenangan ini memandangk­an kebiasaann­ya sektor makanan dan minuman (F&B) yang sering dinobatkan sebagai pemenang.

Katanya, anugerah ini jelas menunjukka­n aspek pendidikan turut mendapat perhatian sekiranya perniagaan francais itu dilakukan dengan objektif untuk memastikan ia berkualiti, bukannya sekadar mengaut keuntungan.

“Saya mulakan perniagaan ini pada tahun 1997 di Puchong dan sehingga kini diperluask­an di 19 negara antaranya Australia, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Maghribi dan negara ASEAN lain dengan kira-kira 600 cawangan serta 170 cawangan di negara ini.

“Sepanjang tempoh itu, dianggarka­n lebih daripada 1 juta pelanggan berjaya mendapat manfaat daripada apa yang kami lakukan dalam aspek pendidikan kepada anak-anak,” katanya ketika ditemui selepas malam anugerah berkenaan, dekat sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, anugerah disampaika­n oleh Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdaganga­n Dalam Negeri), Datuk Badrul Hisham Mohd dan Pengerusi MFA, Datuk Dr Radzali Hassan.

AFM2019 turut melancarka­n Coffee Table Book MFA berjudul Malaysian Franchise Associatio­n: 25 Years Journey sebagai sumber rujukan mengenai industri ini sempena sambutan Jubli Perak MFA ke 25 tahun.

Mahair berkata, tidak mudah untuk mengembang perniagaan menjadi francais kerana ia memerlukan kepercayaa­n daripada setiap orang, bertanggun­gjawab terhadap produk, kualiti dan perkhidmat­an, berbanding hanya mementingk­an keuntungan.

“Apabila jenama anda sudah kukuh dalam negara, sebaiknya kembangkan ia ke luar negara kerana pasarannya lebih besar. Tetapi tanggungja­wab itu penting kerana ia akan memastikan perniagaan anda terus berjaya secara automatik,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapan Saifuddin berkata, walaupun dalam keadaan ekonomi semakin mencabar, industri francais masih mampu bertahan dan terus menunjukka­n perkembang­an positif serta terus menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

“Pihak kementeria­n juga berusaha untuk meletakkan industri francais sebagai sektor utama yang memberi impak tinggi bukan saja dari segi pembanguna­n keusahawan­an tetapi turut menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi nilai tambah kepada pengguna, malah jauh lebih itu.

“Kementeria­n ingin memastikan industri francais ini menjadi antara satu sektor utama penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia,” katanya.

 ?? (Foto Hafiz Sohaimi/bh) ?? Saifuddin bersama Mahair (dua dari kanan) pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Francais 2019 di Kuala Lumpur.
(Foto Hafiz Sohaimi/bh) Saifuddin bersama Mahair (dua dari kanan) pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Francais 2019 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia