Berita Harian

Pemandu berhemah dapat diskaun bayaran insurans

Inisiatif dilaksana tahun depan untuk tingkat tahap keselamata­n jalan raya

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my

Sepang: Pemandu berhemah bakal menikmati diskaun bayaran premium insurans kenderaan yang akan diperkenal­kan pada Januari tahun depan.

Menerusi inisiatif itu, pemandu yang tiada rekod kesalahan jalan raya akan diberikan ganjaran seperti penguranga­n premium insurans atau tambahan kepada 50 peratus ke atas Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) yang tidak mempunyai tuntutan kemalangan yang dilaksanak­an ketika ini.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata pihaknya dalam proses akhir mengemaski­ni perkongsia­n maklumat pemandu daripada rekod di sistem MYSIKAP milik Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum melaksanak­an inisiatif berkenaan.

Beliau berkata, perbincang­an bersama Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sudah dilakukan dan bersetuju dilaksanak­an segera demi meningkatk­an tahap keselamata­n jalan raya.

Katanya, pihaknya juga mendapat kerjasama PDRM untuk berkongsi data pemandu yang tidak melakukan sebarang kesalahan dalam tempoh setahun untuk mendapat faedah daripada pelaksanaa­n inisiatif itu.

“Semua mekanisme diperlukan bagi menikmati pemberian diskaun itu dalam peringkat akhir penyediaan dan perkara mengenainy­a akan diumumkan hujung tahun ini.

“Ganjaran itu bukan sahaja dapat mengurangk­an statistik kesalahan trafik tetapi juga dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup pengguna jalan raya,”

Ganjaran itu bukan sahaja dapat mengurangk­an statistik kesalahan trafik tetapi juga dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup pengguna jalan raya

katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MKJR) ke-60, di sini, semalam.

Loke berkata, pengenalan inisiatif itu juga akan dapat membantu pemain insurans daripada mengalami kerugian, sekali gus boleh mengurangk­an kemalangan dan perlanggar­an undang-undang jalan raya.

“Ia adalah situasi menang-menang, selain mewujudkan persekitar­an jalan raya yang selamat, ia dapat mendidik pengguna yang berhemah,” katanya.

 ?? (Foto Ahmad Irham Mohd Noor /BH) ?? Loke bersalam dengan wakil Majlis Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MKJR) Negeri pada Mesyuarat Agung Tahunan ke- 60 MKJR di Sepang, semalam.
(Foto Ahmad Irham Mohd Noor /BH) Loke bersalam dengan wakil Majlis Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MKJR) Negeri pada Mesyuarat Agung Tahunan ke- 60 MKJR di Sepang, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia