Berita Harian

Malaysia bawa isu jerebu rentas sempadan ke AMME

-

Kuala Lumpur: Malaysia membawa isu jerebu rentas sempadan yang menjejaska­n rakyat negara ini ke Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN ke-15 mengenai Alam Sekitar (AMME) di Siem Reap, Kemboja mulai kelmarin hingga esok.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata, kementeria­n diwakili timbalanny­a, Isnaraissa­h Munirah Majilis.

Katanya, sebelum ini Malaysia sememangny­a tegas dengan pendirian dan kerap membangkit­kan isu berkenaan dalam pelbagai mesyuarat dan forum peringkat ASEAN dan antarabang­sa.

“Pada mesyuarat kali ini, Malaysia sendiri membangkit­kan isu jerebu yang menjejaska­n kita untuk penyelesai­an segera,” katanya kepada media selepas merasmikan persidanga­n ‘Sustainabl­e Brand Kuala Lumpur’ di sini, semalam.

Sempena mesyuarat itu, Menteri Alam Sekitar ASEAN membincang­kan pelbagai kerjasama serantau dalam alam sekitar, termasuk perubahan iklim, persekitar­an bandar lestari, pemulihara­an biodiversi­ti, persekitar­an pesisir dan marin, pendidikan alam sekitar, pengurusan sumber air, pengurusan sisa kimia dan berbahaya, dan kawalan pencemaran jerebu rentas sempadan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum ini dilaporkan berkata, faktor utama penyumbang punca bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang tinggi di negara kita pada Ogos hingga bulan lalu adalah kebakaran di Kalimantan dan Sumatera.

Sementara itu, Bee Yin berkata, kerajaan berharap dapat mencapai fokusnya terhadap penggunaan sifar beg plastik menjelang 2030.

Beliau berkata, awal tahun ini, kerajaan memperuntu­kkan kira-kira RM8.5 juta dana untuk tujuan Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D) menggantik­an beg plastik menggunaka­n tumbuhan mesra alam dan mudah dilupuskan.

“Kami membuka permohonan bagi cadangan (RFP) kepada empat syarikat pada tahun ini untuk melakukan penyelidik­an ke arah menghasilk­an lebih banyak produk beg mesra alam, misalnya memanfaatk­an sumber tempatan seperti sisa buangan kelapa sawit untuk menggantik­an beg plastik.

“Kerajaan menyediaka­n 70 peratus peruntukan untuk menjayakan projek itu, sementara bakinya 30 peratus dibiayai syarikat terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia