Berita Harian

Kerajaan waspada rangka pendekatan ekonomi gig

Perincian lebih lanjut sedang diteliti Jabatan Peguam Negara

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerangka perundanga­n bagi mengawal pertumbuha­n ekonomi gig, termasuk operasi syarikat Foodpanda Malaysia (Food Panda) yang sebelum ini mencetuska­n polemik, kini pada peringkat Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk proses penelitian lanjut.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berkata mesyuarat pertama jawatankua­sa khas yang dianggotai tiga kementeria­n diadakan semalam, dengan mengupas beberapa aspek utama seperti isu kebajikan pekerja dan pendekatan terbaik bagi menyelia pertumbuha­n ekonomi gig.

Ekonomi gig yang muncul atas evolusi era teknologi, menyaksika­n kemunculan syarikat ‘start-up’ berasaskan ekonomi bersama seperti e-hailing yang membuka peluang kepada orang ramai memperoleh pendapatan sampingan.

Syed Saddiq berkata, kerajaan mengambil pendekatan berwaspada dalam merangka pendekatan bersesuaia­n terhadap isu melingkari ekonomi gig kerana penggubala­n perundanga­n yang terlalu banyak dan bersifat mengongkon­g hanya mengundang kesan negatif, khususnya terhadap kadar pertumbuha­n sektor perniagaan baharu terbabit.

“Ekonomi gig ini membabitka­n jumlah pekerja yang sangat ramai dan ia meningkat saban tahun, begitu juga hasil pendapatan mereka.

“Persoalann­ya, bagaimana hendak kekalkan pertumbuha­n ekonomi gig sementara menjaga kepentinga­n kebajikan pekerja.

“Jika kita teliti sekarang, individu yang diberi upah dalam ekonomi gig tidak dianggap sebagai pekerja, justeru, mereka tidak tertakluk kepada perlindung­an asas dan aspek kebajikan.

“Pada masa sama, kita tidak mahu wujudkan terlalu banyak perundanga­n sehingga mampu mencerut pertumbuha­n ekonomi gig, maka kerajaan mesti cara pendekatan saling memanfaatk­an.

“Pencapaian jawatankua­sa khas dianggotai tiga kementeria­n untuk merangka penyelesai­an jangka panjang berhubung ekonomi gig sangat bagus dan saya boleh maklumkan, (kerangka perundanga­n) sedang diperinci serta sudah sampai ke peringkat AGC,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama NSTP, semalam.

Kelmarin, syarikat penghantar­an makanan dalam talian, Foodpanda, mengekalka­n skim pembayaran baharu bagi penghantar makanan di luar Lembah Klang untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minggu, sebelum mengambil percaturan seterusnya.

Pengarah Urusannya, Sayantan Das, dilaporkan berkata, data awal yang dikumpulka­n selepas pelaksanaa­n skim itu pada 30 September lalu menunjukka­n perkembang­an positif dengan sebilangan besar penunggang memperoleh pendapatan lebih daripada sebelumnya.

Keputusan Foodpanda mengekalka­n skim pembayaran baharu didapati bercanggah dengan nasihat oleh kerajaan yang mencadangk­an supaya syarikat penghantar­an makanan dalam talian terbabit kembali kepada kadar upah sebelum 30 September lalu.

Berbanding negara luar seperti Amerika Syarikat dan Jerman, Syed Saddiq berkata, Malaysia sebenarnya ketinggala­n dalam isu membabitka­n ekonomi gig, namun polemik yang tercetus terhadap Foodpanda melakar pertumbuha­n positif.

“Apa yang berlaku membabitka­n Foodpanda sebenarnya memulakan

Jika kita teliti sekarang, individu yang diberi upah dalam ekonomi gig tidak dianggap sebagai pekerja, justeru, mereka tidak tertakluk kepada perlindung­an asas dan aspek kebajikan.

perbincang­an terangkum berhubung ekonomi gig di Malaysia, maka kita tubuhkan jawatankua­sa supaya merangka pelan jangka panjang untuk membela pekerja dalam ekonomi gig,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia