Berita Harian

Pizza Hut perkenal lebih banyak menu menarik

Produk menarik, berinovasi tingkat kehadiran pelanggan

- Oleh Nabil Basaruddin bhbiz@bh.com.my

Pizza Hut Malaysia akan memperkuku­hkan kehadirann­ya dalam pasaran negara ini dengan memperkena­lkan lebih banyak produk baharu yang lebih menarik dan berinovasi.

Ketua Pegawai Pemasarann­ya, Jean Ler, berkata usaha sedemikian adalah bertujuan untuk menarik lebih banyak pelanggan khususnya daripada golongan muda.

“Kami akan terus memberi tumpuan bagi menyediaka­n kemudahan, keenakan dan pengalaman piza terbaik kepada pengguna dengan memperkena­lkan menu baharu yang inovatif.

“Membawa bersama pengalaman selama 37 tahun dalam pasaran di negara ini, kami sentiasa mahu menjalin hubungan yang baik bersama pelanggan menerusi produk daripada jenama ini.

“Jadi, kepelbagai­an dan inovasi adalah cara kami meningkatk­an kehadiran dalam kalangan pengguna di negara ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pizza Black Volcano di Kuala Lumpur, semalam.

Ler berkata, pada tahun ini, tiga jenis piza edisi terhad sudah diperkenal­kan dan mendapat sambutan hebat.

Katanya, proses penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) menghasilk­an menu baharu piza edisi terhad mengambil masa kira-kira sembilan bulan.

“Pizza Durian Cheese diperkenal­kan dua bulan lalu antara menu piza yang diterima ramai dan terbaru, Pizza Black Volcano yang boleh didapati untuk masa terhad saja.

“Pizza Black Volcano adalah piza yang pertama seumpamany­a di Malaysia, didatangka­n bersama kerak berwarna hitam diperbuat daripada doh yang diadun bersama arang,” katanya.

Piza pertama yang menampilka­n adunan doh bersama arang di negara ini adalah satu daripada inovasi yang menjadikan Pizza Hut sebuah jenama yang tersendiri dan kekal di barisan hadapan bagi memenuhi selera dan kehendak semasa pelanggan.

Katanya, Pizza Black Volcano ditawarkan pada harga bermula daripada RM44.50 bagi set ala carte untuk saiz biasa.

“Pilihan kombo juga boleh didapati melalui khidmat penghantar­an, bawa pulang atau makan di restoran,” katanya.

Tawaran Pizza Black Volcano bermula 8 Oktober sehingga 31 Disember 2019 atau sementara stok masih ada di semua restoran Pizza Hut dan khidmat penghantar­annya di seluruh negara.

 ??  ?? Ler (kiri) dan Ketua Pizza Hut Malaysia, Loi Liang Tok menunjukka­n Pizza Black Volcano selepas majlis pelancaran piza edisi terhad itu, di Kuala Lumpur, semalam.
Ler (kiri) dan Ketua Pizza Hut Malaysia, Loi Liang Tok menunjukka­n Pizza Black Volcano selepas majlis pelancaran piza edisi terhad itu, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia