Berita Harian

PH 2.0 lonjak Malaysia jadi pangkalan perniagaan global

Kerajaan laksana insentif tarik pelaburan, kukuh daya saing negara

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Syarikat yang beroperasi di Malaysia kini boleh menjadikan negara ini sebagai pangkalan bagi perniagaan serantau atau global menerusi insentif Hab Prinsipal (PH 2.0) yang ditambah baik.

Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam kenyataann­ya berkata, peranan utama bagi syarikat hab prinsipal termasuk melaksanak­an pengurusan risiko, membuat keputusan, aktiviti perniagaan strategik, perdaganga­n, kewangan, pengurusan dan sumber manusia.

“Pelaksanaa­n PH 2.0 adalah tepat pada masanya kerana Malaysia sentiasa menjalanka­n inovasi dasar dan strategik untuk menarik pelaburan, sekali gus mengukuhka­n kehadiran Malaysia di rantau ini dan peringkat global. “Insentif berkenaan juga menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dalam kalangan negara lain di rantau ini.

“Kelonggara­n beberapa syarat tertentu menerusi insentif itu berpotensi untuk menarik lebih banyak syarikat tempatan meneroka peluang pengembang­an bidang baharu, perkhidmat­an nilai tambah dan memperluas­kan rantaian bekalan mereka di rantau ini,” katanya. MIDA berkata, berkuat kuasa tahun ini, syarikat yang diluluskan dengan peningkata­n insentif itu akan menikmati konsesi kadar cukai 10 peratus bagi menjalanka­n operasi mereka di Malaysia. “Langkah ini bagi menggantik­an pelaksanaa­n cukai terdahulu yang mana syarikat yang beroperasi di negara ini hanya menikmati pengecuali­an cukai daripada pendapatan tambahan. “Bagi syarikat baharu yang belum beroperasi di negara ini hanya menikmati sifar cukai dalam tempoh 10 tahun berdasarka­n tahap komitmen mereka,” katanya.

Sejak PH diperkenal­kan pada 2015, MIDA sudah meluluskan sebanyak 35 projek hab prinsipal, dengan jumlah pelaburan yang diluluskan RM35.5 bilion dan mewujudkan lebih 2,700 pekerjaan bernilai tinggi.

Projek berkenaan merangkumi pelbagai sektor utama termasuk elektrik dan elektronik (E&E), aeroangkas­a, minyak dan gas, kimia serta teknologi maklumat.

 ?? (Foto Hiasan) ?? MIDA sudah meluluskan 35 projek hab prinsipal sejak diperkenal­kan pada 2015.
(Foto Hiasan) MIDA sudah meluluskan 35 projek hab prinsipal sejak diperkenal­kan pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia