Berita Harian

Matang dalam tindakan

Hubungan rapat anak, ibu bapa mudahkan proses didikan terutama dalam membentuk pemikiran bernas

-

DARI MUKA 1

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Serdang, Fathul Khuzairi Mohd Fuad, 16, berkata kepentinga­n institusi kekeluarga­an bukan sahaja mampu melahirkan semangat minda kelas pertama dalam kalangan generasi muda, tetapi juga signifikan untuk menangani atau meminimumk­an kadar jenayah sosial yang sering berlaku pada usia remaja.

Beliau berkata, bagi mencapai misi itu, institusi kekeluarga­an yang dibina perlu kukuh dan berkualiti melalui inisiatif berterusan setiap ahlinya untuk memainkan peranan terbaik.

Katanya, sebagai anak, dia berusaha menjalanka­n tanggungja­wab terhadap keluarga, iaitu dengan menimba ilmu bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaan membanggak­an, menghormat­i setiap ahli dan memastikan keharmonia­n.

“Kita juga mesti mendengar nasihat ibu bapa memandangk­an mereka banyak berkorban dan mencurahka­n kasih sayang sejak kita lahir. Mereka lebih mengenali dan mengetahui diri kita, malah individu yang paling menyayangi kita, jadi nasihat mereka membawa kebaikan serta panduan untuk menjamin kehidupan sempurna.

“Sikap baik dipupuk ketika di dalam rumah dan bersama keluarga akan menyediaka­n remaja dengan kemahiran kepemimpin­an untuk menjadi pelapis masa depan yang dapat menyumbang kepada kemajuan lebih baik masyarakat serta negara,” katanya kepada BH Skor.

Bagi pelajar SMK Agama Kuala Lumpur (SMKAKL), Siti Aisyah Hasrulnish­am, 16, pembinaan keluarga yang cemerlang dunia dan akhirat bukan sahaja terletak pada bahu ibu atau bapa, tetapi juga kombinasi tanggungja­wab, termasuk anak.

“Sebagai anak, kita perlu menggembir­akan keluarga, memelihara nama baik dan berbakti terhadap ibu bapa serta adik-beradik, selain mendengar nasihat ibu bapa dalam menentukan baik buruk tindakan diambil atau yang akan dilakukan.

“Menghormat­i ibu bapa diwajibkan agama kerana mereka ialah individu yang membesarka­n dan mendidik kita sejak tapak kaki kita sebesar dua jari mereka. Kasih sayang mereka sungguh besar dan perlu dibalas sebaik mungkin demi memastikan kehidupan kita diberkati,” katanya.

Rakannya, Nur Tasnim Sazali, 17, berkata institusi kekeluarga­an yang baik mampu menjamin pembentuka­n masyarakat yang berakhlak mulia dan bertamadun secara berterusan.

Katanya, hubungan rapat antara anak dengan ibu bapa memudahkan proses didikan diberikan sebaiknya, terutama dalam membentuk pemikiran bernas.

“Untuk memiliki sifat matang dalam mengendali­kan permasalah­an, remaja perlu merujuk kepada ibu bapa. Segala pengajaran mereka pastinya rasional dan positif supaya kita mampu menyesuaik­an serta bijak mengendali­kan keadaan,” kata pelajar (SMKAKL) itu.

 ??  ?? Siti Aisyah
Siti Aisyah
 ??  ?? Institusi keluarga yang kukuh mampu memastikan kasih sayang, keharmonia­n dan hubungan rapat berterusan.
Institusi keluarga yang kukuh mampu memastikan kasih sayang, keharmonia­n dan hubungan rapat berterusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia