Berita Harian

Sekitar Seminar Didik Rakyat SPM tajaan YBR

Lebih 200,000 pelajar UPSR, SPM memperoleh manfaat sehingga kini

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan ffarhana@bh.com.my

Kuala Lumpur: Keprihatin­an Yayasan Bank Rakyat (YBR) dalam meningkatk­an pencapaian akademik anak bangsa dan memperkasa­kan pendidikan negara menyaksika­n organisasi itu mengadakan lebih 60 Seminar Didik Rakyat untuk pelajar sekolah rendah serta pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia pada tahun ini, berbanding 50 seminar pada tahun lalu.

Seminar dianjurkan YBR dengan kerjasama Jabatan Vertikal Pendidikan The New Straits Times Press (NSTP) secara tahunan sejak 2003 itu menyaksika­n lebih 200,000 pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh manfaat sehingga kini.

Lebih membantu, seminar itu bukan sahaja menyasarka­n pelajar di kawasan bandar, tetapi juga di luar bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Program itu bermatlama­t membantu persediaan calon menduduki peperiksaa­n melalui panduan, teknik dan ulang kaji berkesan bagi membantu mereka menjawab secara tepat, mudah serta memenuhi kehendak soalan.

Bagi Seminar Didik Rakyat SPM tahun ini, program dimulakan di beberapa daerah di Selangor sebelum diteruskan di Perak, Kedah, Perlis, Johor, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Sabah dan Kuala Lumpur.

 ??  ?? Seminar Didik Rakyat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
Seminar Didik Rakyat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
 ??  ?? Seminar Didik Rakyat SPM di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah, Melaka.
Seminar Didik Rakyat SPM di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah, Melaka.
 ??  ?? Seminar Didik Rakyat SPM di Management and Science (MSU) Shah Alam, Selangor.
Seminar Didik Rakyat SPM di Management and Science (MSU) Shah Alam, Selangor.
 ??  ?? Seminar Didik Rakyat SPM di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Pendang, Kedah.
Seminar Didik Rakyat SPM di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Pendang, Kedah.
 ??  ?? Seminar Didik Rakyat SPM di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak.
Seminar Didik Rakyat SPM di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak.
 ??  ?? Seminar Didik Rakyat SPM di SMK Seri Pagi, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Seminar Didik Rakyat SPM di SMK Seri Pagi, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia