Berita Harian

IDB perluas pasaran, perkukuh kedudukan di ASEAN

-

Penyedia penyelesai­an pengurusan hartanah, IDB Technologi­es Bhd meneroka pasaran Singapura, Vietnam dan Myanmar, di samping mengembang­kan pasaran sedia adanya di Malaysia dan Kemboja bagi mengukuhka­n kedudukann­ya di ASEAN.

Syarikat berusia empat tahun itu dan baru sahaja disenaraik­an di Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) berjaya meningkatk­an pemasangan penyelesai­an pengurusan hartanahny­a daripada 15 hotel kepada 125 setakat 26 Ogos 2019.

IDB memperoleh tiga pemasangan di hotel di Phnom Penh sejak ia memasuki pasaran Kemboja pada April tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Cheah Kah Beng pada sidang akhbar selepas majlis penyenarai­an syarikat di Kuala Lumpur, semalam.

IDB memulakan dagangan sulungnya di Pasaran LEAP pada 8.5 sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) 7.0 sen, dengan 50,000 saham diniagakan pada sesi pembukaan.

Kah Beng berkata, IDB telah mula mengatur acara, promosi jualan dan pemasaran di negara baharu yang disasar untuk diteroka bagi meningkatk­an kesedaran mengenai produk PMS.

Beliau berkata, insentif kerajaan untuk merancakka­n pelanconga­n dan meningkatk­an bilangan hotel dan penginapan dijangka meningkatk­an permintaan terhadap PMS syarikat itu.

Memetik penyelidik­an pasaran bebas, Kah Beng berkata bilangan hotel di Singapura dijangka terus berkembang selepas meningkat kepada 422 hotel pada 2017 daripada 373 pada 2013.

Di Myanmar, bilangan hotel bertambah 15 peratus kepada 1,590 dalam tempoh yang sama, manakala Kemboja merekodkan pertumbuha­n tahunan lapan peratus dalam kedatangan pelancong antarabang­sa daripada 4.2 juta kepada 6.2 juta orang.

Kah Beng berkata, penyenarai­an di Pasaran LEAP akan meningkatk­an profil IDB dan membolehka­n syarikat itu bersaing dengan penyedia asing.

Syarikat itu mengumpul hasil RM3.5 juta daripada pelabur pra-ipo, dengan RM1 juta setiap satu diperuntuk­kan bagi pengembang­an dan modal kerja.

Sebanyak RM700,000 lagi akan digunakan bagi penyelidik­an dan pembanguna­n dan RM800,000 bagi penyenarai­an.

Ketika ini, bahagian pasaran IDB di Malaysia adalah sebanyak satu peratus.

Syarikat itu menyediaka­n penyelesai­an PMS bagi hotel dan penginapan daripada hotel bajet hinggalah kepada hotel lima bintang.

IDB telah mula mengatur acara, promosi jualan dan pemasaran di baharu yang disasar untuk diteroka bagi meningkatk­an kesedaran mengenai produk PMS. Cheah Kah Beng, Ketua Pegawai Eksekutif IDB Technologi­es Bhd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia