Berita Harian

MATRADE anjur 500 padanan pada IGEM 2019

-

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurk­an lebih 500 pertemuan perniagaan kepada perniagaan sempena Pameran dan Persidanga­n Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabang­sa Malaysia (IGEM 2019) Ke-10 bermula hari ini.

MATRADE berkata, usaha padanan perniagaan yang dikenali sebagai Program Penyumbera­n Antarabang­sa (INSP), adalah pemudahan pengenalan MATRADE untuk menghubung­kan pembekal Malaysia dengan pembeli asing.

INSP terdiri daripada sesi padanan perniagaan yang disesuaika­n dan dijalankan serentak dengan acara antarabang­sa yang diadakan di negara ini.

Pengarah Seksyen Minyak dan Gas, Kimia dan Tenaga MATRADE, S Jai Shankar, berkata jumlah pembeli daripada INSP menjadi bukti keupayaan agensi itu untuk mencari pembeli dari

Sebanyak 46 pejabat kami di seluruh dunia menjadi pemangkin kepada kejayaan INSP berikutan mereka melabur banyak masa kenal pasti pembeli ini.

hampir semua benua di dunia.

“Sebanyak 46 pejabat kami di seluruh dunia menjadi pemangkin kepada kejayaan INSP berikutan mereka melabur banyak masa mengenal pasti pembeli ini,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai penawaran, MATRADE bekerjasam­a dengan persatuan untuk meningkatk­an ketepatan proses padanan.

“Antara lain, kami bekerjasam­a dengan Gabungan Bangunan Hijau Malaysia, Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia, Gabungan Industri Biojisim Malaysia, Persatuan Industri Fotovoltai­k Malaysia dan Persekutua­n Pengilang-pengilang Malaysia untuk mengenal pasti pembekal yang tepat, selain memanfaatk­an pangkalan data pengekspor­t MATRADE sendiri,” katanya.

IGEM adalah acara perdaganga­n terbesar di Asia Tenggara bagi penyelesai­an teknologi hijau dan eko, menjana berbilion dalam potensi perniagaan dan menarik lebih 350,000 pengunjung, termasuk delegasi, golongan kenamaan dan syarikat dari lebih 50 negara. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia