Insentif Pengeluaran Getah diaktif
Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi September 2019 untuk pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Dalam kenyataannya, LGM berkata, ia berikutan harga purata peringkat ladang bagi cuplump atau getah sekerap pada September di Semenanjung, Sabah dan Sarawak masing-masing pada RM2.05, RM1.75 dan RM1.95 sekilogram.
“Bayaran IPG teraktif bagi Semenanjung ialah 45 sen sekilogram, manakala Sabah pula 75 sen sekilogram dan Sarawak pada 55 sen sekilogram,” kata LGM.
“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan pengeluaran September 2019 mulai 1 hingga 31 Oktober 2019,” menurut LGM.
Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada pada paras RM6.10 sekilogram atau harga pada peringkat ladang (farmgate) berada pada paras RM2.50 sekilogram ke bawah. BERNAMA