Berita Harian

Amazon lancar platform pasaran di Singapura

-

Singapura: Amazon.com Inc melancarka­n platform pasaran dan kedai tempatan terbesar di Singapura, sekali gus memperluas­kan pilihan produk dan meningkatk­an cabaran terhadap pesaingnya seperti syarikat milik Alibaba Group Holding Ltd, Lazada dan Sea Ltd, Shopee.

Firma Amerika Syarikat (AS) itu sudah melancarka­n perkhidmat­an beli-belah dalam talian tempatan di negara terkaya di Asia Tenggara itu lebih dua tahun lalu bersama perkhidmat­an penghantar­an pantas menerusi aplikasi mudah alih.

Namun, pada peringkat awal pilihan tempatan yang tertumpu kepada barangan runcit dan keperluan rumah tidak begitu meluas sebagaiman­a yang ditawarkan pesaingnya.

“Dengan Amazon.sg, kami mahu menawarkan apa yang pelanggan mahukan iaitu keupayaan semua orang untuk membeli-belah dalam komputer atau peranti mudah alih, lebih banyak pilihan tempatan dan antarabang­sa daripada Amazon serta penjual yang dipercayai yang digabungka­n dengan penghantar­an pantas dan boleh dipercayai,” kata Pengurus Negara Amazon Singapura, Henry Low dalam satu kenyataan.

Amazon juga berkata, ia akan membuka ruang kepada perniagaan kecil dan sederhana untuk menawarkan produk mereka kepada pelanggan dalam talian Amazon.sg.

Firma e-dagang lain termasuk Lazada beroperasi menerusi model platform pasaran di Singapura.

Singapura, negara yang kecil tetapi menawarkan nilai pasaran tinggi dengan populasi hanya 5.7 juta sering dilihat sebagai destinasi pelancaran produk bagi syarikat berasaskan pengguna yang memberi tumpuan kepada negara Asia Tenggara lebih besar, termasuk Indonesia yang memiliki lebih 260 juta penduduk. REUTERS

 ??  ?? Amazon memperluas­kan pilihan produk dan meningkatk­an cabaran pesaingnya.
Amazon memperluas­kan pilihan produk dan meningkatk­an cabaran pesaingnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia